Bismillah.
Dalam sekelip mata sahaja, tahu-tahu aku sudah berada di salah satu daripada bumi Syam, iaitu Jordan. Terima kasih kuucapkan kepada Ustaz Dhiya', Ust Halim, Cikgu Masnia, Haziq, Kak Faseha dan rakannya. Allah yujzikum el-kher.
Teringat aku sewaktu memegang jawatan Presiden bagi kelab B.Melayu(PERBAYU) di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah suatu tika dahulu, di mana pada saat itu, aku dan rakan-rakanku sedang membincangkan mengenai program di luar darjah bagi ahli-ahli kelab itu. Salah satu daripada kami memberi saranan agar kami mengadakan permainan ‘rock climbing’, dan pada masa itu, hanya satu saja tempat yang bermain di kotak mindaku, iaitu Madrasah Al-Junied Al-Islamiah, kerana di tempat lain, semestinya harga menyewa dan sebagainya akan melambung tinggi. Pada masa itu, seingat aku, Aumlah yang merupakan Presiden atau orang yang ditugaskan menjaga hal-hal berkaitan ‘rock climbing’. Hanya melalui telefon dan pesanan ringkas saja kami berhubung, Namun kuasa Allah, akhirnya kita berpijak di Universiti yang sama, iaitu Universiti Yarmouk.
Alhamdulillah juga sewaktu di Irbid, Jordan, sempat kubelajar dua matapelajaran iaitu Madkhol ila Al-'Aqidah Al-Islamiah(Pengenalan kepada Aqidah Islamiyyah) dengan Dukturo Samirah Tohir dan juga Hadith(1) dengan Dr. Sa'id Bawaa-'ina. Alhamdulillah thuma Alhamdulillah. Banyak sangat pelajaran yang dapat kuperoleh daripada menghadiri kelas-kelas itu. Semoga Allah membalas jasa baik Duktur dan Dukturo.
Hingga ketemu di lain kesempatan,
Assalaamu'alaikum.
Assalaamu’alaikum.
Kita merancang, Dia menentukan.
Kita merancang, Dia menentukan.
Benar,
tiada disangkal.
“Ya Allah, betul ke aku dah kat Negara Arab ni??” Itulah kata-kata yang kulemparkan pada diriku, tatkala baru saja sampai di Lapangan Terbang Doha.
“Ya Allah, betul ke aku dah kat Negara Arab ni??” Itulah kata-kata yang kulemparkan pada diriku, tatkala baru saja sampai di Lapangan Terbang Doha.
Dalam sekelip mata sahaja, tahu-tahu aku sudah berada di salah satu daripada bumi Syam, iaitu Jordan. Terima kasih kuucapkan kepada Ustaz Dhiya', Ust Halim, Cikgu Masnia, Haziq, Kak Faseha dan rakannya. Allah yujzikum el-kher.
Tika kusampai di Irbid, kudisambut oleh seorang senior yang begitu kecil orangnya,
namun sangat besar hatinya. Namanya Haikal. Itulah detik pertama pertemuanku
dengan seorang rakan Malaysia di Irbid, Jordan. Dialah yang menolongku
mengangkat bagasi aku yang beratnya mencecah 30kg. Dalam perjalanan ke rumahnya
itu, aku ‘disapa’ oleh anak-anak kecil yang mungkin daripada Syria,
meminta-minta aku sedikit duit syiling. Sungguh kasihan aku melihatnya, tapi apakan
daya, aku baru sampai dan belum lagi sempat untuk menukar sebarang duitku ke
matawang Jordan. Dengan berat hati, aku mengatakan pada budak itu yang aku
tiada duit. Sebaliknya Haikal lah yang menderma sedikit qursh(duit sen sana) kepada
anak itu.
Setibanya aku di rumahnya, kebertemu dengan teman sebilik
Haikal iaitu Nu’man, dan rakan rapat mereka, iaitu Syazmi. MaasyaAllah, pada
saat itulah aku melihat Hadith Nabi saw dipraktikkan. Aku benar-benar
teringatkan hadith Rasulullah saw yang mana diriwayatkan daripada Abu Huroiro
RA, bahawa Rasulullah saw bersabda:-
“.. dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka dia hendaklah memuliakan tetamuNya.” –HR Al-Bukhori dan Muslim.
“.. dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka dia hendaklah memuliakan tetamuNya.” –HR Al-Bukhori dan Muslim.
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Aku dilayan dengan
begitu baik oleh mereka, yang aku, sebagai orang ‘asing’ di kalangan mereka
rakyat Malaysia, sehinggakan tidak merasa yang diriku dibanding-bandingkan oleh
mereka. Dengan kerenah ‘pelajar tahun 1’
aku dan seribu satu soalan daripadaku yang seolah-olah tiada penghujungnya, mereka sanggup
hadapi dan menjawab setiap satu soalanku dengan sabar dan tenang sekali.
Tatkala waktu sudah masuk Maghrib, mereka pun mengajakku ke Masjid; suatu perkara yang hampir begitu berat untuk kulakukan tika di Singapura. Mula saat itu, hampir setiap hari dan waktu akan ku ke Masjid. Kesan daripada ajakan yang pertama, Alhamdulillah telah melekat dalam diri. Malah kadang bila aku tertinggal solat di Masjid, perasaan serbasalahnya begitu kuat. Syukron kullukum, Allah yujzikumul kher.

Pada hari yang pertama juga, kukenali rakan-rakan yang
sama merupakan pelajar baru, yang mana mereka juga menetap di rumah Haikal buat
sementara waktu sebelum mendapatkan rumah masing-masing dan mereka daripada
Selangor. Mahfudz, Abdul Rahman, Ghazali, Saifullah, Hariz dan Aizuddin.
MaasyaAllah, sungguh rendah diri satu-satu, walaupun pada hakikatnya mereka
merupakan salah satu daripada pelajar-pelajar ‘top’ di sekolah masing-masing.
Kupanjatkan syukur padaMu ya Allah atas pertemuan yang kauberikan ini.
Di
kalangan mereka, aku lebih rapat dengan Ghazali berbanding yang lain.
Walau bertubi-tubi sentapan dan sindiran yang diberi, aku suka akan
pendirian dan sifatnya. Dia merupakan seorang pendengar yang bukan
sahaja mendengar tapi juga menilai. Dianya tidaklah cepat melatah
apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat namun sebaliknya dia lebih
suka untuk mengetahui pendapat yang bercanggah itu demi mencambahkan
ilmu pengetahuannya. Dalam kata lain, dia gemarkan ilmu dan terpupuk
sifat ingin mengkaji di dalam dirinya, di samping sifat saling
menghormati yang memang tersedia dalam dirinya. Semoga anta dapat
menjadi ahli Bahasa yang dapat menyumbang kepada pembaikan masyarakat
Islam.
Hari
berganti hari, masa untukku mengambil ujian di Markaz Lughah; sebuah
pusat bagi memperkasakan lagi B.Arab kita, sudah tiba. Aku mendapat tempat di Mustawa Robi’.
Di sinilah titik permulaan kumengenali lebih ramai rakan dari luar Negara,
seperti yang daripada Itali, Poland dan Austria. Di sini juga kemengenali Ammar
dan Ibrahim, dua rakan yang begitu bijak namun berhati mulia sekali. Aku yang
walau berusia lebih lanjut daripada mereka, rasa begitu rendah sekali. Manakan
tidak, pada hemat aku, mereka jauh lebih matang daripadaku, lebih berakhlak dan
semestinya lebih pandai daripadaku yang begitu lemah ini, dan yang paling
penting sekali, mereka tidak sombong. Namun hal yang membuatku semakin merenung
kekuasaan Allah, aku digandingkan bersama mereka-mereka yang sama menetap di rumah
Haikal, (Mahfudz dan yang lainnya) di dalam kelas Mustawa Robi’ itu.
SubhaanaLLah.
Aku tak
pasti sama ada mereka senang dengan kehadiran dan keberadaanku, tapi yang
pasti, aku merasa senang.
Seterusnya
dalam masa hampir 2 minggu, tibalah rakan-rakanku daripada Singapura; iaitu
rombongan pelajar daripada Madrasah Al-Junied Al-Islamiah. MaasyaAllah hanya
Tuhan saja yang dapat menggambarkan perasaan gembiraku. Manakan tidak, dengan
kehadiran mereka, tidaklah aku rasa terlalu ‘asing’ di Irbid sana. Daripada
pihak lelaki, Mateen, Faiz, Ameer, Amrullah(Aum), Hamkha dan Hanan. Allah
yubaarik fiikum. Daripada pihak perempuan, Allah yubaarik fiikun.
Teringat aku sewaktu memegang jawatan Presiden bagi kelab B.Melayu(PERBAYU) di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah suatu tika dahulu, di mana pada saat itu, aku dan rakan-rakanku sedang membincangkan mengenai program di luar darjah bagi ahli-ahli kelab itu. Salah satu daripada kami memberi saranan agar kami mengadakan permainan ‘rock climbing’, dan pada masa itu, hanya satu saja tempat yang bermain di kotak mindaku, iaitu Madrasah Al-Junied Al-Islamiah, kerana di tempat lain, semestinya harga menyewa dan sebagainya akan melambung tinggi. Pada masa itu, seingat aku, Aumlah yang merupakan Presiden atau orang yang ditugaskan menjaga hal-hal berkaitan ‘rock climbing’. Hanya melalui telefon dan pesanan ringkas saja kami berhubung, Namun kuasa Allah, akhirnya kita berpijak di Universiti yang sama, iaitu Universiti Yarmouk.
Alhamdulillah juga sewaktu di Irbid, Jordan, sempat kubelajar dua matapelajaran iaitu Madkhol ila Al-'Aqidah Al-Islamiah(Pengenalan kepada Aqidah Islamiyyah) dengan Dukturo Samirah Tohir dan juga Hadith(1) dengan Dr. Sa'id Bawaa-'ina. Alhamdulillah thuma Alhamdulillah. Banyak sangat pelajaran yang dapat kuperoleh daripada menghadiri kelas-kelas itu. Semoga Allah membalas jasa baik Duktur dan Dukturo.
Sewaktu
aku
di Irbid, Jordan juga, kudiberi kesempatan untuk berkawan dengan
abang-abang
dan kakak-kakak senior daripada kededua Singapura dan Malaysia, seperti Haziq,
Abu Huzaifah, kak Faseha dan rakannya, kak Nabilah Othman, kak Hidia, kak Hidayah, kak Sakinah,
kak A'iesyah Ar-Rabie'ah, Haikal, Syazmi, Nu’man, Afiq Hadi, abang Salman, Muaz
Arif, Muaz Omar, Muaz Zulkarnain, Hubaib, Akmal, Nabil, 'Misyari', Mukhlis,
Syartibi, Syazwan, Ibrahim,
Hakim, Yassir(Pena), Zulhilmi, abg Andi, Aiman, Alif, Ariej, Syihan, abg
Faris,
Afiq dan ramai lagi. Wallaahi, mereka telah banyak membantu.
Jazaakumullahu
khoirol jazaa’.
Kupanjatkan
syukur juga padaMu ya Allah yang telan mengurniakan aku ahli-ahli rumah yang cukup baik sekali. Syazwan, Syartibi, Syakir, Bazli, dan kemudian datangnya
seorang lagi ahli baru, Umair. Satu-satu mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing-masing, dan dari sini, aku cuba sesuaikan diri. Dari sini juga dapat kubelajar
erti berdikari, erti persahabatan, kekitaan, saling menghormati dan erti saling
menghargai keberadaan masing-masing.
Aku
tidaklah begitu rapat dengan Bazli kerana aku tidak mampu bermain PES.hehe. Tapi
apa yang aku boleh katakan, dia merupakan orang yang suka berterus-terang,
tiada simpan-simpan. Tapi apa yang mungkin boleh kunasihatkannya, hati-hati dalam
setiap apa yang kita tuturkan, terutama apabila ianya mampu didengar atau dibaca
oleh sekalian manusia.
Syakir pula, seorang yang aku tabik atas kemampuuannya menerima kepelbagaian pendapat. Ya dia dan aku, masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sesuatu isu dan perkara. Kami sering berbincang mengenai hal agama dan semestinya kededua kami masing-masing belum mengkaji dengan ‘daqiq’ atau mendalam mengenai hal itu. Namun yang pasti, perbincangan itu bukanlah suatu perbincangan yang kosong, yang tak disertakan dalil atau pendapat Ulama’. Namun sebaliknya, kami sertakan pendapat ulama’ sana sini, dan walaupun kami akur mereka berbeza pendapat, kami masih lagi menghormati pendangan masing-masing, dan tidaklah perbincangan itu melainkan ianya hanya meninggalkan rasa ingin tahu dan ingin kaji dengan lebih mendalam mengenai fahaman yang bercanggah dengan pendapat kami. Syukron Syakir. Semoga anta dapat menjadi seorang penda’ei yang dihormati dan disegani kerana ilmunya. Allah yubaarik fiik.

Umair. Kukenali dia tidaklah lama, namun rasa seperti sudah kenal lama. Daripada
sekadar teman, menjadi sahabat. Daripada kenal ‘gitu2 je’, akhirnya menjadi ‘roommate’.
Dengan dialah aku boleh ‘gila-gila’.hehe. Banyak perkara yang dapat kubelajar
daripadanya. Manakan tidak, sudah namanya teman sebilik, pastinya kami banyak
bercerita mengenai pengalaman masing-masing. Walau kami baru berkenalan, namun
entah mengapa, amat mudah bagi kami untuk meluahkan perasaan kami, begitu mudah
untuk kami menceritakan rahsia kami yang sudah lama tersimpan. Semoga ukhuwwah
yang terjalin, kekal hingga ke Syurga.
Bagi abang-abang senior di rumah itu, Syazwan dan Syartibi, aku ucapkan ribuan terima kasih kerana mampu menerimaku untuk menetap di sana. Terbaik ah. Bila orang bertanyakan padaku siapakah ahli rumahku, dan aku menyebutkan nama korang berdua, pasti mereka akan mengatakan yang aku beruntung kerana korang baik, tak ‘macam-macam’, cool dan sebagai. Alhamdulillahi a’la haazhihin ni’ma.:)

Sebelum
kemeletakkan titik noktah pada tulisan ini, ingin kuucapkan ribuan
terima kasih pada mereka-mereka yang telah sudi berkawan dengan aku. Ana
harap antum dapat memaafkan segala salah dan silap ana baik dari
segi pertuturan mahupun kelakukuan, atau apa saja, maafkan ana ye,
sesungguhnya ana hanyalah manusia biasa, yang tak pernah lari dari
membuat kesilapan. Sertakan ana dalam do'a antum semua ye. Allah
yujzikumul
kher :)
Pada mereka-mereka yang telah mengenaliku, semoga pertemuan kita ini bukanlah yang terakir dan semoga Allah meredhai hubungan kita. Di samping itu, aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka-mereka yang telah sudi menghantarku ke Lapangan Terbang di Amman. Semoga Allah membalas setiap jasa antum.

Kepada Ammar Hanapiah, Wallaahi ana terharu sangat dengan video yang anta buat:-
Aakhir kalaam, kupanjatkan kesyukuran yang tak terhingga
padaMu ya Allah yang telah memberikanku peluang demi peluang, untuk
menjadikanku hambaMu yang lebih baik saban hari.
Bagi rakan-rakan yang mengenali diriku juga, akan kujadikan pengalaman ini sebuah permata, yang tiada nilainya.
Bagi rakan-rakan yang mengenali diriku juga, akan kujadikan pengalaman ini sebuah permata, yang tiada nilainya.
Hingga ketemu di lain kesempatan,
Assalaamu'alaikum.