Saturday, April 30, 2011

Permudahkanlah urusanku, Ya Allah.

Assalaamu'alaikum..

Rasanya, sudah agak lama aku tidak menulis di sini. Kebelakangan ini, fikiranku begitu kecamuk. Aku tidak tahu, mungkin kerana aku terlalu tertekan. Tambahan pula, aku sekarang berada di peringkat Pra-U. Pelajaran-pelajaran yang kuambil pun boleh dikatakan susah dan lebih mendalam. Mungkin ramai yang masih ingat bahawa pelajar aliran Akademik tidaklah begitu tertekan berbanding mereka yang berada di aliran Ukhrawi. Namun ingin kutekankan di sini bahawa ia tidaklah sedemikian. Aku tidak nafikan bahawa matapelajaran yang aku ambil tidaklah sebanyak mereka yang di aliran Ukhrawi, namun matapelajaran yang kuambil pun tidak kurang susah dan dalamnya. Sebagai contoh, Economics(H2) dan Mathematics(H1). Bayangkan, menurut temanku yang berada di Maktab Rendah Yishun, Economics merupukan matapelajaran yang paling susah bagi H1. Inikan aku di sini, mengambil H2. 

Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

Seterusnya, Bahas 4PM. Aku tidak terpilih. Pada awal ujibakat, iaitu yang yang pertama, aku berjaya melangkah ke peringkat seterusnya (wah.. dah macam Anugerah..hehe). Namun pada ujibakat yang kedua, aku tewas. Ya aku mengaku, mindaku tika dan saat itu tidak begitu tenteram. Mungkin kerana itulah aku gagal. Walaupun begitu, tidak mengapa, pasti ada hikmah di sebaliknya..:) Bagi yang merasa aku lebih layak dan sebagainya, usah risau. Aku yakin mereka yang terpilih lebih baik daripada aku. Kalau memang benar aku lebih layak sekalipun, atau aku lebih terserlah sekalipun, pasti ada yang lebih menyerlah daripadaku. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa, yang tidak sempurna.

Selain itu, inginku kongsi satu perkara. Percayakah anda jika aku mengatakan yang aku tidaklah sebenarnya meminati Bahasa Melayu; dan sebaliknya meminati Bahasa Arab? Aku tidak tahu sama ada aku berlaku jujur pada diriku atau tidak. Yang pasti, sejak aku kecil lagi, aku memang cenderung pada bidang ilmu Bahasa Arab. Namun, apabila aku melangkah ke peringkat Menengah pula, tiba-tiba diriku diselaputi dengan perasaan inginkan kerja yang membawa pulang keuntungan yang lumayan. Dalam sekelip mata sahaja, lupus segala minat pada Bahasa Arab. Apabila aku mendapati diriku sudah tidak punya sebarang matapelajaran terbaik, aku cuba beralih ke Bahasa Melayu. Setelah mendapati diriku antara pelajar terbaik dalam Bahasa Melayu, maka cetuslah secara tidak langsung minatku untuk menjadi seorang guru Bahasa Melayu. Tambahan pula, guru Bahasa Ibunda semakin berkurangan di Singapura. Namun minat itu bukanlah berteraskan minat dalam diri, namun minat pada pulangannya yang lumayan.

Kebelakangan ini, Alhamdulillah, minatku terhadap Bahasa Arab semakin menghidup. Namun aku tidak pasti sama ada ianya sudah terlambat atau tidak. Tambahan pula, 'Nahu', yang pernah menjadi subjek kegemaranku, merupakan antara matapelajaran terlemah aku sekarang. Tanpa Nahu, bagaimana mungkin aku mampu untuk membina walau sepotong ayat, memandangkan kita hidup di dalam konteks Singapura; di mana Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan, atau dalam istilah Latinnya, lingua franca. Aku buntu, bingung. Terkadang, aku merasa benar-benar menyesal tidak ke Polytechnic. Manakan tidak, kursus yang ditawarkan merupakan kursus pilihanku; yang hanya ada di Polytechnic itu sahaja. Namun, memandangkan aku sudah pilih jalan ini, iaitu untuk mengambil A levels, aku harus redha. Pasti ada hikmah di sebalik sebarang yang berlaku. Namun persoalannya sekarang, Makkah/Madinah atau Singapura?

Ya Allah, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah urusan hambaMu yang lemah ini.

Selanjutnya, komentarku menganai Seminar atau Forum CLF. Sebelum kuteruskan, inginku terangkan serba sedikit mengenai Forum tersebut. Forum CLF(Community Leaders' Forum) yang aku pergi waktu itu disertai oleh semua pelajar Pra-Universiti Tahun satu; yang melibatkan pelajar-pelajar daripada Maktab Rendah, Insititut Millenia dan Madrasah. Apa yang ingin dibincangkan adalah mengenai masa depan masyarakat Melayu/Islam Singapura. Terus terang kukatakan aku tidak berapa puas hati dengan jawapan-jawapan atau sambutan yang diberikan. Sungguh berat sebelah, sungguh sekular; duniawi. Mengapa diselitkan istilah 'Islam' selepas garis mereng jika hendak membicara mengenai hal duniawi sahaja? Bukankah kita akan, pada akhirnya, kembali padaNya; iaitu yang Esa? Apabila aku ke hadapan dan memberikan maklum balasku mengenai hal orang Melayu/Islam yang keberatan untuk mengaku dirinya sebagai seorang Muslim, keadaan terus menjadi riuh-rendah. Setelah aku kembali ke tempat dudukku, satu pelajar daripada salah sebuah insititut yang kusebutkan tadi, berdiri, menjelaskan bahawa dirinya bangga menjadi seorang Muslim; sebelum menyatakan kebimbangannya menganai masyarakat Melayu/Islam Singapura. Tidakkah beliau faham akan apa yang ingin kusampaikan? Siapa saja mampu mengaku dirinya seorang Muslim, di khalayak masyarakat sebangsa atau seagama beliau, namun beranikah beliau mengaku sedemikian di khalayak mereka yang bukan beragama Islam? Tepuk dada, tanya Iman.

Masa berlalu begitu pantas. Tidak lama lagi, ujian akan bermula.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

Aku rasa sudah agak panjang tulisanku kali ini.
Dari itu,
Assalaamu'alaikum.

ps: Selamat tinggal kawanku Iqbal. Semoga kejayaan berada di sisimu kelak. Ya Allah, permudahkanlah urusan temanku ini. Ingat, biar kita dibenci, jangan kita membenci; biar kita disakiti, jangan kita menyakiti; dan biar kita dihina, jangan kita menghina.

2 comments:

  1. Akh. Ingat hadith, 'laa taqul LAU anni fa'altu kaana wa kadza wa lakin qul qadr Allah wa maa sha-a fa'ala. fa inna lau taftahu amala syaitan' ..
    Don't say 'if only'2.. not good. :B

    Moreover, since you mentioned that we muslims should remember that one day we'll be returning to Him only..perhaps that particular factor can be sort of like the pandu arah for you to decide on where you should continue your studies. Think whether that path you chose will allow you to gain more points in front of Him or not.. It doesn't have to be ukhrawi, just think of the best way for you.

    Just sharing my views here. (:

    ReplyDelete
  2. thnx my fren..sometimes i just can't decide which is which..at times, i don't even dare to solat istikharah for fear of the 'true' auguries set for me.. i mean, i'm in MWTI now, what if the indication depicts the poly life or stuff like that. should i quit mwti or should i not? when i actually did my that solat, i tend to forget what the indications are.. in the sense where i can't linked it or things like that.. i tend to be forgetful by nature btw.. for now, i'll just pray to him, to ease my undertakings.. do make supplications for me, my fren..:) jazaakiLLah..

    ReplyDelete