Saturday, March 26, 2011

Luahan dari dalam

Assalaamu'alaikum..

Bersempena peringkat akhir Pesta Pantun yang berlangsung hari ini, inginku mulakan tulisanku ini dengan serangkap pantun.

Manusia mana inginkan bencana,
Bila terkena, semua tertekan.
Blog ini dijadikan wahana,
Luahan hati kini kusampaikan.

1) Isu jawatan

Jika anda merupakan pengunjung tetap Blogku ini, atau mungkin pernah terserempak salah satu tulisanku bertajuk Secebis Coretan, anda pasti sudah tahu yang aku tidak mengharapkan sebarang jawatan buat masa ini. Dapat memasuki MWTI ini sudah cukup bagiku. Sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang kedua untuk menyambung pelajaran.

Pada hari Rabu lalu, sesetengah daripada rakan-rakanku dipilih untuk menjadi pengawas(atau lebih dikenali sebagai Prefect) di sekolah. Tahniah kuucapkan pada mereka semua. Namun apa yang membuatku rasa kurang senang adalah apabila sesetengah rakan yang lain mengusikku seolah-olah atau seakan-akan aku benar-benar mahukan jawatan tersebut. Jika di Irsyad dahulu, mungkin ya benar aku mengharapkannya, namun apabila aku melangkah ke MWTI, aku mula sedar yang seseorang itu tidak mungkin akan selalu mendapat apa yang diingini beliau. Bukankah sudah terang jelas aku mengatakan yang aku tidak mengharapkannya; dan siapakah dalang di sebalik yang memulakannya? Aku tidak berapa kisah kalau yang mengusikku itu adalah mereka yang asal dari Irsyad dan walaupun mereka tahu, mereka hanya mengusikku sesama atau di hadapan mereka yang asal dari Irsyad sahaja. Ini sehingga mereka yang bukan asal dari Irsyad pun sudah mengetahuinya, pasti ada di antara mereka yang memberitahu tentang 'kisahku' di Irsyad dahulu.

Sesungguhnya aku tahu siapa dia. Jika aku benar-benar ingin membalas atau bermain kotor, banyak perkara yang boleh kunyatakan tentangnya. Akibat dan tekanan yang bakal dihadapinya mungkin akan jauh lebih teruk daripada apa yang kulalui sekarang. Namun usah khuatir, aku masih waras. Sesungguhnya agama Islam tidak mengajar amalan saling benci-membenci. Semoga yang terasa pedas, mampu merubah dirinya menjadi lebih baik insyaAllah. Allahu A'lam.

2) Isu Bid'ah 

Seringkali, aku ditanya berbagai soalan mengenai hal ini, walaupun diriku ini bukanlah Ustaz. Mungkin ada yang mengatakan, " At-Tarku laisa hujja(Yang ditinggalkan itu bukan hujah)." Yang dimaksudkan adalah perkara yang Nabi tinggalkan tidak bermakna tidak boleh dilakukan. Namun inginku tekankan di sini, bukankah kita akan rasa lebih selamat jika kita melakukan apa yang para sahabat dan para Nabi atau Rasululullah sendiri lakukan?

Jika perkara itu baik, sudah tentu atau nescaya ianya dilakukan oleh Rasulullah serta para sahabatnya dahulu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Bukankah Rasulullah sendiri pernah bersabda:-


مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Yang bermaksud: "Barang siapa yang melakukan sesuatu perkara itu tanpa ada padanya perintah(atau keterangan) daripada kami maka ianya(amalan) ditolak." - Hadith Riwayat Muslim daripada 'Aisyah radhiaLLahu 'anha. 

Mungkin ada yang bertanya, bagaiman halnya jika sekolah di mana kita menuntut itu membuat perkara-perkara yang berunsur bid'ah seperti Sambutan Maulidur-Rasul, Berzanji dan sebagainya. Hal ini mudah dijawab sebenarnya. Jika kita di sekolah, bukankah kita di bawah 'pantauan', jagaan dan amanah sekolah? Justeru itu, harus bagi kita untuk mematuhi segala arahan, perintah dan peraturan sekolah. Hanya jika sekolah itu meletakkan pilihan untuk kita menuruti atau tidak, barulah boleh bagi kita untuk tidak mengambil bahagian.

Sebagai rumusan, semampu boleh, elakkannya, jika tidak, turuti sahaja. Sesungguhnya setiap amalan-amalan itu berteraskan niat masing-masing. Allahu A'lam.


Sebelum aku meletakkan titik noktah pada tulisanku ini, inginku kongsi satu video yang diambil ketika aku berada di atas pentas, untuk Peraduan Cakap Petah Spontan yang berlangsung di Madrasah Al-Ma'aarif Al-Islamiah..:)

Topik yang diberikan adalah Peranan penting masyarakat dalam mencorak juvenil yang berakhlak mulia. Namun tika kuberucap, aku memfokuskan topik kepada 'juvenil yang berguna'. Ini kerana pada masa itu, tika kupusing ingin melihat topiknya, mereka menukar kepada jam randik atau stopwatch. Oleh kerana aku tidak mahu membuang masa, aku menukar 'berakhlak mulia' itu kepada 'yang berguna'.hehehe..

 
Penghargaan kepada: Hadi


Aku rasa cukup sampai di sini sahaja. Semoga anda memperoleh manfaat daripada blog ini.
Dari itu,
Assalaamu'alaikum.

ps: Selamat tinggal kawanku Amirah. Semoga kejayaan berada di sisimu pada hari muka. Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang telah kauberikan..:)

No comments:

Post a Comment