Saturday, March 12, 2011

Terima kasih.

Assalaamu'alaikum..

Segala puji dan syukur dihadapkan pada yang Esa. Alhamdulillah, aku telah mendapat tempat kedua bagi Peraduan Cakap Petah Spontan anjuran bersama Madrasah Al-Ma'aarif dan MUIS. Aku merupakan peserta yang pertama bagi Kategori A dan juga merupakan satu-satunya lelaki bagi kedua-dua kategori. Bayangkan kegentaran yang kurasai tika dan saat itu. Tambahan pula, ini merupakan kali pertama aku ceburinya. Berikut adalah keputusan-keputusannya:-

Kategori A:-
Tempat Pertama : Madrasah Al-'Arabiah Al-Islamiah
Tempat Kedua    : Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah
Tempat Ketiga    : Madrasah Al-Junied Al-Islamiah

Kategori B:-
Tempat Pertama : Madrasah Al-Ma'aarif Al-Islamiah
Tempat Kedua    : Madrasah Al-Saggof Al-Islamiah
Tempat Ketiga    : Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah

Bagi menentukan tajuk, aku disuruh memilih satu nombor antara 1 hingga 8. Tanpa berfikir panjang, aku memilih lapan. Jika tidak silap, topik yang kudapat berupa demikian, "Peranan masyarakat dalam mencorak individu berakhlak mulia."

Hanya 30 saat diberikan untuk aku berfikir. Terus-terang kukatakan pada masa itu, tidak satu idea pun datang melawat mindaku. Mungkin terlalu banyak hingga membuatku berasa celaru. Meskipun begitu, aku hanya menunjukkan sifat yakinku pada hadirin. Alhamdulillah, dengan keyakinan yang belum sampai tahap terlalu yakin, aku mampu untuk berucap walau topiknya tidakku hafal. Aku tidak pasti sama ada aku bertutur dengan lancar atau dengan baku yang sebenar.

Sungguh, ini merupakan satu pengalaman yang amat bermakna sekali bagiku. Namun ini semua tidak mungkin akan terhasil atau tercapai tanpa sokongan serta do'a rakan-rakan dan keluarga. Terima kasih kuucapkan dari lubuk hatiku kepada para penyokong yang tidak putus-putus memberi dukungan. JazaakumuLLahu khoir. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik serta keluhuran hati antum-antum semua. Sekali lagi, Terima Kasih.

Sebelum aku meletakkan titik noktah pada tulisanku, izinkanku untuk mengakhirinya dengan serangkap pantun:-

Burung merpati singgah ke desa,
Membawa bersama daun selasih.
Mohon maaf jika tersilap bahasa,
Assalaamualaikum dan Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment