Thursday, February 3, 2011

Alhamdulillah.

Assalaamu'alaikum..

Alhamdulillah kuucapkan. Syukurku dihadapkan pada Yang Esa. Aku tidak sangka pelajar-pelajar di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah(MWTI) begitu peramah. Buat masa ini, kami menggunakan Lecture Theatre(LT) sebagai kelas kami.

Kelmarin kumengambil ujian Matematik, semalam pula, ujian bagi Economics. Sekarang, hanya keputusan mampu menentukan adakah aku layak atau sebaliknya untuk mengambil Matematik H1 dan Economics H2, selain berdo'a.

Aku terkejut bila pelajar-pelajar dari Menengah menegurku. Seperti biasa, aku agak pemalu dan hanya mampu bersenyum. Sebahagian daripada mereka juga turut meng'add' aku dalam senarai kawan mereka di laman sosial Facebook.

Kini, sambil menunggu keputusan kelayakan, aku punyai satu kerja rumah iaitu untuk subjek General Paper(GP).

Aku harap aku dapat menghafal surah Sod dalam masa terdekat. Begitu juga bagi buku-buku Sastera iaitu, Restu dan Bacalah dalam Bahasamu A dan B. Bagi buku Restu, tidak dinafikan pada mulanya ia benar-benar kelihatan janggal serta payah untuk aku memahami isi kandungannya, memandangkan banyak perkataan yang digarisi aku. Namun, semakin banyak mukasurat kumembelek, semakin mudah bagiku untuk memahami isinya. Alhamdulillah.

Bagi dua buku Sastera yang lain, Bacalah dalam Bahasamu A&B, perkataan yang digunakan agak mudah berbanding Restu namun ayat yang digunakan mungkin agak mengelirukan. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

Terus terang kukatakan aku tidak punya sebarang pengalaman serius akan Bahas. Aku hanya sukakannya dan ingin sekali mencubanya selain mendengar tunjuk ajar-tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman. Ingin sekali kumelangkah ke Bahas 4PM. Ya Allah, kabulkanlah do'aku.

Semalam, pelajar-pelajar dari Pra-U2 mengadakan semacam Orientation bagi kami pelajar-pelajar Pra-U1. Sebelum memulakan sesi Ta'aruf antara kami kedua-dua pelajar Pra-U (1&2), mereka telah menyediakan dua permainan. Yang pertama adalah TrustFall, dan kedua adalah semacam Charade.

Bagi Charade, ia agak lucu melihat gelagat-gelagat mereka. Hanya orang pertama yang diberitahu akan binatang tertentu. Orang itu haruslah melakonkan gayanya mengikut binatang yang diberitahunya kepada kawan di hadapannya. Hal ini disambung hingga ke orang yang 'terakhir' dan yang terakhir itu haruslah meneka binatang apa yang selama itu digayakan.

TrustFall. TERUS TERANG kukatakan aku takut pada ketinggian. Walau bagaimana percayanya aku pada mereka yang di bawah, aku tetap 'tidak percaya'. Hahaha. Bagi yang masih keliru akan apa sebenarnya TrustFall ini, lihat pada gambar yang kulampirkan.

Haa ! Bagaimana? Seram bukan?! Pada mulanya aku fikir hanya aku seorang yang menggigil ketakutan, rupa-rupanya, ramai pun begitu juga ! Salah satu daripada mereka, AIDIL ! hahaha...

Sungguh, ia adalah satu pengalaman. Saat ini, aku tidak terlalu mengharapkan apa-apa jawatan seperti Prefect dan President mahupun sebagai pembantu bagi kedua-dua jawatan besar itu. Aku hanya mampu bersyukur. Kalau di Irsyad dulu, aku memang, secara terus terang ingin menjadi seorang prefect namun apakan daya, aku tidak punya sifat kepimpinan. Justeru di sini, MWTI, aku tidak mahu terlalu mengharap-harapkan akan mempunyai jawatan-jawatan yang secara peribadi kurasakan tidak layak atau tidak mungkin bagiku untuk menyandangnya. Dapat diterima memasuki MWTI sudah cukup bagiku, memandangkan ini merupakan seakan 'peluang kedua' bagiku untuk menyambungkan pelajaran.

Aku harap sifat kepimpinanku akan dapat diasah. InsyaAllah

Dari itu,
Assalaamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment