Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum,
Assalamu’alaikum,
Sebenarnya
aku pun tidak tahu bagaimana harus aku mula dengan tulisanku ini. Terlalu
banyak perkara yang sedang berlegar di mindaku kini. Jerawat yang sudah lama
tidak muncul pun, tahu-tahu keluar hingga lebih kurang empat biji atau lebih.
Bila
kita sebut istilah hijrah ini, padaku ia membawa satu konotasi yang begitu
berat. Bukan sekadar niat mahu berubah sedikit, diikuti dengan beberapa hari
atau beberapa bulan perubahan, terus boleh dikatakan berhijrah. Tanggungjawab
di sebalik kata itu begitu besar. Kekuatan dan kesabaran dalam diri juga harus
tinggi. Mentelah kita hidup di akhir zaman ini, begitu banyak sekali dugaan,
cabaran dan ujian datang menerpa, hingga kadang kita seolah-olah menyambut
dengan tangan terbuka sosok nafsu yang
hadir menjelma itu.
Pada
hemat aku, penghijrahan seseorang itu, apatah lagi kita ini bukanlah seperti
para Nabi mahupun para Sahabat, memerlukan sokongan yang padu daripada keluarga
dan juga teman-teman. Pun begitu, walau kita tahu yang keluarga kita sentiasa
ada di sisi, tapi oleh kerana sifat malu atau mungkin keadaan yang tidak
mengizinkan bagi sesetengah orang, maka temanlah yang seharusnya mengambil
inisiatif untuk membantu kawannya itu.
Dalam
sebuah hadith yang masyhur, Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:-
لا يؤمن أحدكم
حتَّى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Yang
bermaksud: Tidaklah beriman salah seorang daripada kamu
hingga
beliau menyukai bagi saudaranya, apa yang beliau sendiri sukai.
–Muttafaq
‘alaih; Al-Bukhari: 13 dan Muslim: 45, dan lafaz oleh Al-Bukhari.
Ya,
memang bukan mudah. Mereka yang ingin berhijrah ini memang sudah ada niat untuk
berubah, tapi percayalah, semakin ikhlas dia ingin berubah, akan semakin banyak
lagi halangan serta ujian dan cabaran menghadang. Sebagai sahabat, kita harus
sentiasa bersedia untuk menghadapi berbagai-bagai alasan, reaksi, akibat dan
yang seumpama. Yang penting, jangan pernah kita menyerah dengan kawan kita itu.
Ya, mungkin sejarah mampu berulang, tapi seperti yang kukatakan tadi, inilah di
antara ujian yang perlu kita sebagai sahabatnya tempuh. Kita boleh kecewa, kita
boleh rasa sedih berbaur marah, namun kita juga perlu ingat yang mereka itu
juga manusia, yang sentiasa berdepan dengan godaan syaitan dan hawa nafsu.
Malah,
jangan kita terkejut jika kawan kita itu, dari zahirnya kelihatan seperti
seorang yang tenang, seorang yang alim, banyak membaca kitab dan mendengar
ceramah, tapi tetap terjebak dengan perkara-perkara yang tidak mampu kita
gambarkan dirinya terlibat di dalamnya. Namun percayalah, seburuknya-buruk
dirinya, dia masih lagi saudara kita seislam. Cuba kita fikir, apakah kerana
kesilapannya hari ini, kita biarkannya, dan lupa akan kebaikannya di hari-hari
yang lalu?
Bak kata orang, sedangkan Tuhan boleh memaafkan kita, mengapa tidak kita boleh maafkan yang lain? Dengan niat yang baik sahaja, sudah cukup bagi kita untuk mendapatkan pahala daripadaNya. Bahkan jika kita punyai niat yang jahat tapi kita tidak melakukannya demi Allah, itu pun Allah akan memberikan kita satu pahala.
Bak kata orang, sedangkan Tuhan boleh memaafkan kita, mengapa tidak kita boleh maafkan yang lain? Dengan niat yang baik sahaja, sudah cukup bagi kita untuk mendapatkan pahala daripadaNya. Bahkan jika kita punyai niat yang jahat tapi kita tidak melakukannya demi Allah, itu pun Allah akan memberikan kita satu pahala.
Renungkan
sebuah hadith Qudsi berikut:-
يقول اللَّه إذا
أراد عبدي أن يعمل سيّئة فَلا تكتبوها عليه حتّى يعملها، فإن عملها فاكْتبوها بمثلها
وإن تركها من أجلي فَاكتبوها له حسنة وإذا أراد أن يعمل حسنة فلم يعملها فَاكتبوها
له حسنة، فَإن عملها فَاكتبوها له بعشرِ أمثالها إلى سبعمائة
Yang bermaksud: Berkata Allah(kepada Malaikat): Jika hambaKu ingin
melakukan kejahatan, maka janganlah kamu menulis baginya (apa-apa sekalipun) sampai
beliau (benar-benar) mengerjakannya, adapun jika beliau benar-benar melakukannya,
maka tulislah baginya apa yang sejajar dengannya (perbuatannya). Adapun jika
beliau meninggalkan kejahatan tersebut karena Aku, maka tulislah baginya satu
kebaikan, dan jika beliau ingin melakukan kebaikan namun tidak mengerjakannya, maka
tulislah baginya satu kebaikan(iaitu pahala), adapun jika beliau mengerjakannya(kebaikan
tersebut), maka tulislah baginya sepuluh kali kebaikannya itu hingga tujuh
ratus (kebaikan).
-HR Al-Bukhari: 7501
Apakah
kita terlalu baik hingga merasakan yang diri kawan kita itu tidak mampu untuk
berubah sepenuh atau selama-lamanya? Nabi kita pernah berpesan:-
لا يدخل الجنة
من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر" فقال رجل: إن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسنًا،
ونعله حسنة،
فقال:
"إن الله جميل يحب الجمال، الكبر بَطَر الحق، وغمط الناس
Yang bermaksud: Tidaklah masuk syurga mereka yang mempunyai
walau seberat zarrah dalam hatinya sifat sombong. Maka bertanya seseorang, “(Bagaimana
halnya dengan) seseorang yang suka memakai baju yang baik dan sandal yang
bagus?” maka beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia menyukai
kecantikan. (Adapun) sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang
lain.
–HR Muslim: 91
Sebagai
rumusan, ingatlah, jika kita benar ikhlas ingin membantu, maka yang sepatutnya
tidak akan wujud istilah give up atau menyerah. Semampu boleh, janganlah kita menunjukkan sikap putus asa kita pada dirinya.
Paling tidak, do’akanlah si dia.
Aku
akhiri tulisanku ini dengan sabda Baginda:-
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ
مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ
يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ
Yang bermaksud: Barangsiapa di antara kalian melihat
satu kemungkaran, maka ubahkanlah ia dengan tangannya, adapun jika beliau tidak
mampu, maka (ubahkanlah ia) dengan lidahnya, (dan) adapun jika beliau tidak
juga mampu, maka (ubahkanlah ia) dengan hatinya(iaitu dengan berdo’a), dan
(sesungguhnya) itu adalah selemah-lemah Iman.
–HR Muslim: 49
Allaahu a’lam.
Thanks for the reminder...
ReplyDelete