Tuesday, November 23, 2010

Cabaran demi dugaan..

Assalamu'alaikum...

Kini kuakan bicara dalam Bahasa Ibundaku, iaitu Bahasa Melayu. Tajuk yang diketengahkan hari ini adalah "Cabaran demi dugaan".

Ia bukanlah bermaksudkan cinta atau masalah sesama kawan, tapi lebih kepada 'sakit'. Semalam, tanggal 22hb November, aku mengalami sakit perut, sehingga(kan) sukar bagiku untuk berjalan. Hatta ingin bersolat. Oleh itu, aku mengambil jalan pintas iaitu untuk bersolat dalam keadaan berduduk. Aku hanya bisa bergerak dengan sedikit.

Selepas solat maghrib, aku cuba untuk 'menenangkan' perutku, dengan berbaring yang selepasnya, tidur. Akan tetapi, aku tidak mampu untuk tidur dengan cara biasaku, iaitu bertiarap. Ini kerana pada masa yang sama, aku mengalami selesema. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa 'perit'nya hidupku semalam.

Pabila aku terlena sebentar (waktu berbaring di atas katil), aku tidak dapat merasakan 'kepuasan' tidurnya. Manakan tidak, lebih kurang 50 minit sahaja, aku akan terbangun semula. Dengan keadaan perutku yang masih belum pulih, ditambah pula dengan selesema. Cubaan demi ujian.

Aku melihat waktu di telefon bimbitku. 21+. Waktu itu, aku benar-benar rasakan 21 itu adalah jam 10 malam ! Dengan keadaan 'kancong', aku mula cekalkan diri lalu bangun ke ruang tamu dan kemudian ke dapur. Lah.. pukul sembilan rupanya.

Sambil menonton televisyen, aku menyapu rotiku denga kaya kacang dan mentega. Lalu kucelupkannya ke air strawberi(jika tidak salahlah) yang panas atau hangat-hangat. Waktu itu, alhamdulillah, peritnya sudah mula menghilang. Syukurku dihadapkan pada yang Esa.

Tika jam di dinding menunjukkan pukul 10:30 malam, aku mula menonton rancangan 'Mentor' di Sensasi. Sebelum-sebelumnya, menonton NatGeo Wild. Memang tidak dinafikan kami sekeluarga gemar menonton saluran-saluran sebegini, lebih-lebih lagi mengenai binatang-binatang yang terancam atau buas seperti Singa dan Harimau.

Pada jam 11 setengah malam begitu, Iswandi menghantar mesej menanyakan jika dia boleh menghubungiku. Tika di telefon, dia menanyakan jika aku masih memerlukan atau mahukan pekerjaan. Aku pun menjawab ya. haha..Dia memberiku nombor telefon kawannya, dari Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Khairul Hamizan.

Mesej punya mesej, ia adalah Telemarketing, di Masjid Hajjah Rahimabi. Dengan setiap seorang yang ingin menderma, aku akan menerima $3 sebagai wang komisi. Aku sanggup memikul tanggungjawab itu, cuma.. lokasinya agak jauh. Akan kurenung-renungkan. :)

ps.: Kenapalah kerja-kerja yang ditawarkan kepadaku, semuanya jauh-jauh seperti di Balestier dan Serangoon.. cabaran demi ujian..

Sehingga ketemu di lain kesempatan,
Wassalamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment