Wednesday, February 16, 2011

Secebis coretan.

Assalaamu'alaikum.

Terus terang kukatakan sekarang, aku sudah tawar hati untuk mengharapkan walau secebis harapan untuk memasuki sebarang kelab, menjawat 'jawatan' mahupun untuk memasuki peraduan Bahas 4PM atau sebarang peraduan. Entah mengapa, aku benar-benar merasa bahawa aku tidak mampu untuk memikul tanggungjawab-tanggungjawab demikian. Aku tidak layak. Aku memang adik Jafni. Benar. Namun aku tidak sepandai, secergas dan serajin beliau. Aku tahu dia pernah menjawat jawatan sebagai President bagi Nadi Lughah jika tidak silap. Namun inginku tekankan di sini, tahap Bahasa Arab beliau jauh lebih tinggi daripada aku. Kelebihan aku mungkin.. Allahu A'lam, Allah sahaja yang tahu.

Setarek lahir, aku dianugerahkan 4 abang. Saat usiaku menjejak 9 tahun, aku mula melihat satu persatu abang-abangku mendapat takhta tika di sekolah. Hal ini berlarutan hatta saat mereka melangkah ke alam Polytechnic, NAFA mahupun Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah. Takhta yang kumaksudkan berupa Head Student Leader(Prefect), Student Leader Exco, Student Leader, President, Top 10 STE, Top 10 O level, No.1 in standard from Pri 1 to 6, Highest in Higher Maths dan sebagainya.

Dalam bidang sukan pula, usah disangsi. Apakan tidak, lihat saja almari di ruang tamuku. Penuh dengan trofi serta pingat. Sebut sahaja, bola sepak, takraw, badminton, athletics ? Hampir kesemuanya berjaya dirangkul abang-abangku, tidak kisahlah tempat ke-berapa, yang penting ia pasti sudah dapat membanggakan kedua-dua ibu dan bapaku.

Bohong kalau kukatakan aku tidak peduli atau cemburu akan itu semua. Namun apakan daya, aku hanya seorang insan yang kerdil. Jika hendak dibandingkan antara aku dengan mereka, ibarat langit dan bumi.

Namun aku tahu, setiap insan dilahirkan mempunyai kelebihan. Sedangkan nama yang diberikan padaku iaitu Nufail mempunyai makna-makna yang indah, Hadiah, Pemberian serta Kelebihan.

Selepas satu rintangan, ditambah lagi dengan satu dugaan. Kadang-kadang aku terfikir juga, mengapa aku memilih MWTI daripada Polytechnic? Aku tidak nafi mereka di MWTI sungguh peramah. Yang menjadi masalah adalah subjek-subjeknya. Bayangkan, aku baru mahu membiasa-biasakankan diri dengan subjek-subjeknya, namun aku telah ditampar dengan keputusan yang amat mengejutkan untuk tugasan membuat prosa (daripada puisi) bagi pelajaran Sastera. Aku mendapat 6/10.

Namun tidak mengapa, aku akan cuba melihatnya dari sudut yang positif. Seperti yang biasa kita dengar, " Lebih baik mendapat keputusan yang tidak membanggakan sekarang daripada nanti. "

Sekian daripadaku, Nufail.
Wassalaamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment