Sunday, December 5, 2010

Aku rindu mereka.

Assalaamu'alaikum...

Kebelakangan ini, aku tiba-tiba disambar memori bersama rakan-rakanku sewaktu di bangku sekolah. Aku rindu duduk sebelah Dayyan dan Khair Amran. Aku rindu duduk belakang Wazir. Aku rindu makan bersama Iswandi, Saddam serta Ilyas. Aku rindu qiyam bersama mereka. Walaupun aku jarang berqiyam pada tahun sudah, aku mengecualikannya pada tahun ini, iaitu tahun terakhir kita bersama.

Teringat pula aku saat aku cuba 'challenge' Matematik Wazir. Pada mulanya, aku mahu 'challenge' semua matapelajaran, lama-kelamaan, hanya satu saja aku pilih iaitu Matematik. Cuba punya cuba, aku asyik kalah dengannya. Namun, aku tahu kegagalan adalah langah pertama menuju kejayaan. InsyaAllah.

Dalam subjek Bahasa Melayu pula, saingan utama aku ialah Hidayat. Aku akan selalu bertanya kepadanya, " Berapa kau dapat? " Kadang-kadang aku menang, selap-selap aku kalah. Namun, aku kerap tertanya, " Pernahkah dia menanyakan markah aku atau yang lain?"

Aku mula sedar kebanyakkan orang yang pandai, tidak gemar menanyakan markah orang lain. Sebaliknya, mereka menanyakan pada diri mereka, apakah mereka sudah cecah sasaran mereka.

Aku terkenang saat aku ditanya Mdm Yanis, apakah aku mahu menjadi hos untuk acara 'Student Leader Investiture'. Dengan pantas aku menjawab, "Ya."

Alhamdulillah. Aku mendapat maklum balas yang membangun. Terima kasih sekalian guru. Mulai saat itu, aku mendapat pelbagai tawaran, dari menjadi hos hingga narator. Aku amat berterima kasih. Syukurku dihadapkan pada yang Kuasa.

Aku tidak dapat menahan sebak pada hari terakhir kita. Akulah orang pertama dalam kelas yang menitiskan air mata saat Mr. Esmadi memberi 'kata-kata terakhir'. Aku tidak dapat menahan. Kenangan demi kenangan menyinggah ke aku. Aku ingat lagi saat Mr Esmadi mengatakan, "Do you think i look forward to tomorrow (i.e. our last day) ?"

Butiran mutiara yang mengumpul di mataku mula gugur. Aku rindu saat aku datang ke sekolah untuk belajar bersama. Aku rindu tika kudatang ke sekolah hanya untuk menghias kelasku. Iswandi benar pabila dia menyatakan yang aku tidak mahu menghias kelasku sangat pada tahun ini kerana takut berasa amat sedih.

Aku rindu saat ktia bertukar-tukar kelas untuk pelajaran Matematik. Rindu aku menanya-nanya soalan pada rakan-rakan dan Mr. Roslan. Terima kasih Sir, dan rakan-rakan.

Semoga mereka iaitu rakan-rakanku, dapat membaca atributku atau dalam istilah inggerisnya, 'tribute' yang telah kusiapkan bulan November lalu menerusi blog ini. Untuk melihatnya, sila ke Blog Archive di sebelah kiri, bawah bulan November. Atau klik saja pada link berikut: My male schoolmates

ps.: Terima kasih kuucapkan pada sekalian rakan serta guruku kerana mampu untuk menerima aku seadanya. Tidak dapat kubayangkan di luar nanti. Apakah nasibku akan serupa baik tika bersama kamu semua?

Sampai di sini saja tulisanku kali ini.
Semoga berjumpa lagi di lain kesempatan.
Assalaamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment