Tuesday, December 21, 2010

Hati-hatilah.

Assalaamu'alaikum.

Entah kenapa, hatiku tergerak untuk menulis tentang sesetengah 'ustaz' di negara jiranku. Kadang-kadang, aku benar-benar tersentak. Apa yang sebenarnya ingin dimaklumkan oleh pihak itu? Aku lihat di Youtube, ada yang membuat video, mengutuk ustaz-ustaz yang dianggapnya sebagai 'Wahhabi' dengan meletakkan subjeknya sebagai, " akhlak ustaz 'Salafi' Rasul Dahri ". Keaiban ustaz itu diserlahkannya. Terdapat satu lagi video, yang membingungkan, mengenai keberadaan Allah, juga berkaitan dengan ustaz yang digelar sebagai Wahabi itu.

Kukunjungi blog 'Abu Syafiq'. Astaghfirullah, berbagai tohmahan dilemparkan kepada beberapa individu yang digelarnya sebagai Wahhabi. Kulihat di sebelah kiri, di bahagian yang menunjukkan keterangan singkat mengenai dirinya, dia mengaku sebagai seorang pensyarah. Aku sangkal dakwaan itu. Bukankah seseorang ustaz itu harus menunjukkan sikap yang positif dalam kehidupan hariannya? Aku sedar tidak semua insan sempurna, tiada manusia yang dapat lari dari membuat kesalahan, tapi apa yang ditulis di blognya benar-benar tidak menunjukkan keterampilannya sebagai seorang pensyarah, atau ustaz sebagai keseluruhannya.

Untuk makluman ramai, aku sudah lama 'memerhatikan' blog ini. Bayangkan jika aku ialah seorang mualaf, atau pada lain, seorang yang baru bertukar agama ke Islam. Sesungguhnya dakwaan-dakwaan yang dilemparkannya, kebanyakan mempunyai potensi untuk memecah-belahkan umat Islam. Di atas, terang-terang menulis ISLAM vs WAHABI. Seseorang itu akan secara langsung berfikiran, "Bukankah Islam satu agama yang damai, mengapa Islam harus saling lawan-melawan?"

Selain itu, aku dapati bahawa hujjah-hujjah yang ditunjukkannya, boleh dikatakan kesemuanya, tidak berasas sama sekali. Hampir kesemua atau semua hanya bersuarakan latar dan gambar, dan bukan secara video yang sebenar. Nah.. di sini, kita dapat nilai di mana kesahihannya. Dalam tulisannya bertarikh 18 Disember 2010, dia mengatakan bahawa Ustaz Asri ialah Syiah. Astaghfirullah. Pernahkan Dr. Asri mengaku sedemikian? Na'uuzhubillahi min zhaalik.

Banyak lagi fitnah telah dilemparkannya. Melalui blog ini, aku ingin tekankan pada para pembaca, agar sentiasa berhati-hati tika mengunjungi blog-blog sebegini. Usah terpengaruh dengan hujjah-hujjah yang disampaikannya. Rujukilah Al-Qur-aan dan Hadith.
" Sesungguhnya aku tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: (iaitu) Kitab Allah(Al-Qur-aan) dan Sunnah Rasulnya. " - Hadith riwayat Maalik.

Berikut adalah blog-blog yang harus diawasi ramai:-
1) http://abu-syafiq.blogspot.com/

2) http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/

3) http://al-ghari.blogspot.com/

Sekian daripada saya,
Assalaamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment