Thursday, July 23, 2020

Luluh.

Assalamu'alaikum,

Rasanya mula pertengahan tahun lepas sampailah ke hari ini, merupakan hari-hari paling banyak buat aku termenung dan terfikir. Bermacam-macam perkara yang bermain dalam kepala. Setiap orang yang aku jumpa, pasti akan buat aku terfikir bagaimana kehidupannya seharian. Aku suka untuk lihat kepelbagaian dalam setiap cara hidup manusia; bagaimana mereka menguruskan hidup mereka, dan apakah perkara-perlara yang menjadi keutamaan dalam kehidupan mereka. Dibesarkan dalam keluarga yang semuanya serba pandai, dan hebat dalam kedua-dua bidang pelajaran dan sukan, sedang engkau hanyalah ibarat duit 5 sen, untuk mencukupkan nilai harga 1 dolar itu, hakikatnya membuat aku lebih kerap bermuhasabah diri, dan semestinya, sering membanding-bandingkan diriku dengan yang lain, dengan bertanya soalan-soalan seperti kenapa aku tak jadi seperti dia? Kenapa aku lambat untuk sedar erti itu dan ini? Bahkan tak dinafikan, memang banyak kali sebenarnya aku rasa, alangkah baik kalau aku dimatikan sahaja. Hidup pun tiada menguntungkan sesiapa. Ada atau tiada sama sahaja.

"Latebloomer"
Banding abang-abang aku yang lain, aku ini lah yang paling 'lambat'. Bukan senang sebenarnya ingin luahkan seperti ini, tapi sedikit sebanyak aku rasa ini merupakan terapi bagiku.

Dari kecil hinggalah umurku 19 tahun, aku tak pernah ulangkaji satu apa pun di rumah. Kalau hendak tahu, orang lain buat 'notes', aku pun buat, tapi sekadar 'copy paste' apa yang ada dalam buku teks saja. Itulah 'notes' aku. Sedang dalam kelas, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Apa yang aku jawab dalam peperiksaan, semuanya hanyalah berdasarkan apa yang aku ingat dalam kelas, tanpa benar-benar memahami apa yang aku belajarkan itu. Andai ada yang aku bangga, mungkin matapelejaran Bahasa Melayu saja, yang mana aku 'berjaya' dapatkan gred A utk PSLE, O level dan juga A level. Pun begitu, bukanlah ia sebab aku 'belajar' gila-gila di rumah tapi sebaliknya hanyalah ikut 'sedap'. Jika sedap bunyinya, itulah ayat atau jawapan yang betul padaku.hehe.

Aku ingat lagi masa aku dapat A2 untuk matapelajaran Matematik dan Inggeris. Masa itu, kira siapa yang dapat A2 kira bagus sikit lah kan. Bangga sikit dalam hati. Padahal bila difikirkan, keputusan itu hanyalah bersifat 'nasib', dan bukan sebab aku benar faham apa yang aku tuliskan itu. Ingat lagi aku akn seorang kawan; Wazirullah, yang aku sering 'saing' dengannya dalam matapelajaran Matematik. Selalu akan banding-bandingkan keputusan, tapi little did i realise yang aku tak buat apa-apa pun untuk perbaiki keputusan aku. Cuma tahu excited saja bila dapat keputusan sebab boleh banding-bandingkan dengan kawan-kawan lain, walhal pada hakikatnya taklah semenggah mana pun keputusan aku.

Sama juga dalam matapelajaran Bahasa Arab. Aku ingat lagi betapa malu nya aku bila Ustaz masa itu meminta seorang 'volunteer' untuk ke depan dan tulis satu ayat dalam Bahasa Arab, tapi bila disemak sama-sama, ya Allah, seluruh struktur nya salah. Aku ulang, seluruh; dari satu perkataan ke perkataan seterusnya. Masa itu memang aku ikut 'sedap' saja. Nahu itu memang 'jahanam'. Cuma sayang, itulah antara pengalaman paling tak sedap. hehe. Pernah juga dapat A2, masa itu hanya 10 orang tak silap yang dapat markah baik, dan aku salah satu daripada mereka. Banggalah konon, padahal aku tahu yang itu hanyalah 'nasib'.

Bila aku ke Pra-U di Wak Tanjong. Sama juga. Aku bangga ambil Matematik dan Ekonomi, sedangkan aku tahu yang aku tak faham apa pun. 10-year series pun sekadar buat yang mana senang. Hatta buku-buku novel untuk subjek Sastera pun, bukannya aku baca sampai habis pun, sedangkan yang lain ada yang sampai 2 hingga 3 kali habiskan.

Hanya bila aku lihat dengan mata kepala aku sendiri keputusan A level aku, yang aku tiba-tiba seolah-olah disepak dan dikejutkan daripada tidur yang sangat lama. Aku gagal dalam kedua-dua matapelajaran Matematik dan Ekonomi aku. Cuma Alhamdulillah aku lulus subjek GP yang katanya kalau gagal matapelajaran ini, ibarat nya gagal keselurahan peperiksaan peringkat A itu. Masih ada lagi 'nasib' di situ.

Bila aku ke Jordan, kesedaran untuk belajar, dan betapa menariknya belajar sesuatu yang baru itu, perlahan-lahan sudah timbul. Aku ingat lagi pada hari pertama di kelas Dr Sa'eed Bawa'inah. Selepas kelas, ada seorang teman Arab belakang aku, bertanyakan pada aku, apa yang Dr baru ingatkan untuk kami lakukan. Aku pun menjawab, " 'alainaa an nuhaffiz al-arba'in" (Sepatutnya: 'alaina an nahfaz.. atau 'alaina bihifz Al-Arba'in) Dia terus tergelak kecil, yang aku tidak rasa pun dia berniat ingin merendahkan aku, cuma mungkin dia tidak sangka perkataan mudah sebegitu pun aku boleh silap. Masa itu aku ingat lagi, bagaimana aku terfikir-fikir dalam perjalanan pulang, akan kesilapan aku dalam kelas. Satu perkara yang langsung tidak aku buat sebelum ke Jordan.

Bila di Madinah, di peringkat Ma'had (Diploma) lagi, aku ingat bagaimana seolah-olah segala apa yang diajarkan guru itu aku faham dengan sangat mudah. Aku sayang sangat guru-guru aku di sana, sebab aku nampak sendiri macam mana indahnya bila seseorang guru itu mengajar dengan penuh ikhlas dan kasih sayang, tanpa membanding-bandingkan antara pelajar-pelajar mereka yang hebat dengan yang kurang. Bila ada yang dapat markah kurang, Syeikh tak kata pun, "Kelas sebelah boleh buat lebih baik !" atau "Kenapa gagal lagi?!" atau "Belajarlah macam mana pun, sama juga", apatah lagi sindir-sindir, memang TIADA. Hasilnya, aku sampai pernah dapat hadiah oleh guru Bahasa Arab/Nahu masa itu sebabkan keputusanku yang baik. Terharu sangat rasanya. Dalam hati, "Ya Allah, 13 tahun aku belajar Arab, baru sekarang aku faham Bahasa Arab." Sedangkan dulu aku pernah disindir dan direndahkan depan-depan oleh beberapa Ustaz dan Ustazah.

Tahun pertama di kuliah, kami diwajibkan untuk buat satu kajian, dengan merujuk pada 10 kitab sumber dalam bidang tafsir. Kemudian setiap daripada kami perlu persembahkan apa yang kami sudah kaji dan tulis di hadapan kelas. Masa itu, memang aku kerahkan segala apa yang aku mampu untuk kajian itu. Aku ke perpustakaan sekolah dan juga Nabawi. Aku baca dan kaji, hampir berulang kali untuk aku benar-benar fahamkan setiap apa yang dituliskan para Ulama' kita itu. Akhirnya, aku ingat lagi bagaimana Syeikh tersenyum dan memuji-mujiku di hadapan kelas bagaimana cantiknya flow dan ringkasan kajian aku itu.  Para pelajar pun selepas itu, satu-satu sudah mula berbual dengan aku bertanyakan itu dan ini. Dalam hati aku masa itu, "Ya Allah, first time ke ni aku dapat pujian dan penghargaan macam ni."

Masuk sem 2 pula, untuk matapelajaran Tauhid, kita diwajibkan membuat kajian dengan merujuk pada sekurang-kurangnya 30 kitab sumber, dan perlu menulis sekurang-kurangnya 30 mukasurat. Aku ingat lagi aku tunjukkan tulisan aku pada Zulzawaid untuk checkkan kalau-kalau ada yang out of point dan seumpama. Aku ingat lagi aku kata padanya, "Check kan bahasa ana ok tak, ade improvement tak," sedangkan aku tahu yang Zawaid memang tak akan cakap Arab aku lemah untuk jaga hati aku, tapi aku tetap tanya sebab aku ingin dengar daripada mulutnya sendiri apakah aku benar-benar sudah improve dalam Arab aku. Bila Zawaid pun bagi green light, aku pun tawakul dan menghantar kajian aku itu. Masa itu kecoh yang Syeikh ni 'syadid', dan ramai seniors pernah gagal dengan beliau. Alhamdulillah aku dapat 34/40, dan bila aku dapat tahu ramai yang gagal hingga ada yang dapat 3/40, aku terus sujud syukur. Bukanlah aku suka mereka gagal, tapi sebak bila Allah akhirnya berikan aku kesedaran dalam hidup dan kefahaman dalam agama. Itu yang aku rasa masa itu.

Aku ingat juga ada satu hari itu, aku sebak sedikit, kerana aku seakan baru sedar cara belajar dan ulangkaji yang betul. Aku sedang ingin ulangkaji matapelajaran Nahu masa itu, dan aku membuka lebih daripada satu kitab (selain kitab yang digunakan Syeikh), seingat aku hingga 5-6 kitab, dan aku baca dan fahamkan setiap satu daripadanya, lalu aku combined kan segala isi-isinya atas dasar kefahaman aku, ke dalam nota aku itu. Masa itu, tiba-tiba aku tertanya pada diri, "Ini ke namenye revise, ni ke namenye buat notes?"


Born a loser?
Sesiapa yang pernah datang rumahku, pasti akan pernah terlihat trofi-trofi yang berlambak dalam almari luar. Bukan keluargaku ingin riak, tapi memang terlalu banyak sampaikan tiada tempat untuk disembunyikan.  Pernah anak sedara aku tanya, "Paksu punye mane?" Masa itu aku hanya mampu tahan saja air mata. Ikutkan hati macam nak kata, "Paksu memang tak guna pun, tak pandai semua benda, sebab tu lah paksu takda trofi apa-apa." Tapi aku hanya senyum dan jawab, "Paksu mana main bola, so takdelah trofi bola." Dalam hati, jangan lah dia tanya, "Trofi selain game bola kan ada?" Pengsan aku.hehe.


Hakikatnya, sepanjang umurku, hanya 2 trofi dan 1 pingat saja aku pernah dapat, dan tiada satu peraduan pun yang aku pernah masuk sampai sekarang, yang aku mendapatkan tempat no. 1 ataupun kategori-kategori khas seperti pembahas terbaik dan seumpama. Paling-paling pernah dapat no. 2 atau 3, dan sekali saja masa menengah 1 ada peraduan pantun yang aku menang, tapi itu pun bukanlah peraduan yang serious pun.

Sepanjang 11 tahun di Irsyad pun, tak pernah sekali jadi ketua kelas, apatah lagi prefect/student leader/pengawas. Memandangkan abang-abang aku semua nya student leader dan yang pertama bahkan jadi head prefect, memang tak dinafikanlah ramai pelajar-pelajar dan bahkan guru-guru yang suka sangat membanding-bandingkan. Aku tak salahkan mereka cuma bila ada yang buat muka merendah-rendahkan, situ yang aku pendam perasaan sedih sangat. Pernah juga satu masa itu nama aku disenarai pendek bagi student leader baharu utk tahun itu, yang akhirnya, semestinyalah, aku tidak terpilih. Memang geram dan malu sangat masa itu. Satu, guru yang menyebarkan tak sepatutnya berbuat demikian, kedua satu kelas sudah tahu, dan bila kau tak terpilih, memang jadi bahan, seolah-olah aku mengharapkan sangat pula. Sampaikan ada Cikgu sanggup kejar dan datang padaku, dan tanya, "Nufail Nufail ! Awak nak jadi student leader eh? Kalau nak saya boleh usahakan." Dalam hati aku macam nk cakap saja, "Cikgu, saya tak hadap pun nak jadi Student Leader ni ! Saya tahu siapa diri saya pun, tak pandai, tak ada sikap leadership apa semua itu. Saya tahu Cikgu.".. tapi akhirnya aku cuma jawab, "Eh takdelah Cikgu. Tak pun."

Bila aku jadi Presiden untuk Kelab Melayu (PERBAYU) di Wak Tanjong pun, ramai juga yang tidak setuju dan terkejut dengan keputusan itu, dan aku yakin memang aku bukanlah ketua yang baik pun. Mungkin ketua kelab paling teruk dalam sejarah Perbayu. Aku ingat lagi muka Naib Presiden kelab aku, bila ada beberapa kali yang aku gagal lakukan sesuatu. Sampaikan pada hari aku harus menyerahkan jawatan aku dalam satu majlis penting pun, aku tidaklah dapat hadir awal sebabkan malam sebelumnya, migraine aku datang dan aku pun mengambil obat doktor yang memang siapa makannya, akan 'pengsan' solid selama 8 jam. Campakkanlah air dalam baldi pun memang tak akan bangun. Masa sakit itu, memang kepala tak fikir apa dah, cuma mahu baik saja. Mereka yang memang ada migraine, fahamlah obat apakah itu, dan macam mana migraine ini tak sama dengan pening-pening biasa, tapi sungguh aku ingat lagi muka kecewa Naib aku itu. Perasaan serba salah aku memang sampai sekarang ada, dan walaupun dia ada menulis sesuatu untuk aku dalam bentuk buku untuk katakan yang aku ini ketua yang baik dan seumpama, aku yakin sangat dia hanya ingin sedapkan hati aku saja. Sekali lagi, a failure.

..dan sebab-sebab ini lah antara perkara-perkara yang sentiasa buat aku fikir dua kali, apakah aku layak menjadi suami dan pemimpin pada seorang wanita, sedangkan aku memang, born a loser, dan aku tidaklah menulis ini semua untuk minta simpati atau inginkan orang untuk katakan, "Tak, kau ok sebenanye, kau bagus.." sebab memang aku sedar betapa rendahnya diri aku.

..tapi aku syukur dapat kenal kawan-kawan yang baik macam Zulzawaid dan Suhail. Sekurang-kurangnya, dapatlah aku belajar sedikit sebanyak erti kepimpinan itu. Masih ingat lagi aku waktu aku ingin selesaikan beberapa urusan penting di Madinah, sebelum aku back for good balik Singapore. Dia lah yang banyak bantu aku, sedangkan dia masa itu sudah berada di peringkat Masters, dan merupakan Presiden IMAM lagi, tapi masih lagi ketepikan masa untuk bantu aku. Suhail pula, sanggup ambil aku dari KTM bulan Januari lalu, teman aku pergi makan, dan sampai sanggup tumpangkan aku tidur di biliknya sebab rumah aku masa itu tiada orang lagi. Sedangkan dia itu Presiden USIMSG dan wakil universiti dalam Debat Arab lagi, tapi sanggup juga ketepikan sedikit masa untuk tolong pelajar-pelajar 'bawah jagaan' dia, 'abg tua' dia sorang ini. Kalau aku, mungkin saja dah sedap ngorok di rumah, tidur. hehe.

BL (Boys' love) Dramas.
Tulisan seterusnya insyaAllah.

Cuma..
Hanya sanya aku harap guru-guru yang pernah merendah-rendahkan aku. Tolonglah, jangan lah ulanginya pada pelajar-pelajar yang lain. Sungguh walaupun aku slow dahulu, aku masih ingat lagi setiap apa yang keluar daripada mulut cikgu-cikgu, ustaz-ustazah, teacher-teacher dan lain2..

"Your brother can do better!" - Dalam kelas Sains, menengah 2.
"Are you sure you can do this?" - Sambil tengok aku atas bawah, bila ada Ustazah yang sarankan nama aku untuk jadi emcee untuk majlis besar sekolah. 
"Ini yang abang dia Jafni tu, yang bagus Arab. Dia ni kurang sikit." -Dalam audition Peraduan Cakap Petah.
"Cakap lah apa, kalam fadhi je semua tu (sembang je lebih)"
"You know your results.. (are like this). So are you sure you wanna do this (i.e furthering your studies)?" -kata salah seorang pegawai di 'Jabatan agama'. 
"Oh yelah awak tukar Madinah eh. Jordan kan susah" -Dalam ziarah Raya.
..
..dan macam-macam lagi perangai satu-satu..
- Ada yang bocorkan keputusan aku pada pelajar-pelajar lain dalam satu 'camp'.
- Ada yang kerap ulang-ulang keputusan baik kawan-kawan sekelas aku yang lain bila kami ziarah rumah mereka, walaupun sudah atau hampir 10 tahun berlalu.
- Ada pula yang bila jumpa di sekolah, salam, tapi kemudian hanya berbual dengan dua orang yang kebetulan top students yang famous dalam batch aku, dan aku ini, yang jelas-jelas ada dalam bulatan itu masa itu, dah macam tunggul, hingga aku terpaksa minta diri, "Saya jalan dulu ye."

Tak kurang juga beberapa teman yang katakan pada aku, on the face kata orang: -
- "Oh kau taqlid je eh" -Disebut masa 'dia' bertanyakan soalan kepada 'aku' dan Zulzawaid masa itu.

- "Next time i'll just ask other asatizahs in SG as they are more knowledgeable than u" (Aku tiada masalah untuk katakan yang ilmu aku memang cetek, tapi cara penulisan dia masa itu jelas menunjukkan betapa rendah dia pandang aku selama ini)

Sebab-sebab ini semua lah yang buat aku 'tak mampu' untuk ziarah sekola-sekolah lamaku. Bukan sebab aku dendam pada mereka, apatah lagi memang ada yang dah tak mengajar lagi pun di sekolah-sekolah itu, tapi sebab setiap kali aku ingin ke sekolah-sekolah itu, percayalah, akan ada bayangan-bayangan dalam kepala aku, yang menunjukkan muka-muka para pelajar dan guru yang mengejek-ngejek aku, sambil katakan: "Ini budak yang pernah fail tuu ! Ini budak yang tak pandai Arab ! Ini budak yang abang-abang dia semua prefect ! Ini budak yang abang-abang dia semua dapat top 10 untuk exam macam-macam ! Ini budak yang tak pernah masuk bola atau menang apa-apa dalam sports ke peraduan mana-mana ! Ini budak yang time hari penting pun boleh datang lambat ! Ini budak yang itu ini !"

Macam mental kan, sampai terbayang-bayang bagai?
Mungkin betul saja, tapi insyaAllah aku masih ada lagi sisa-sisa kekuatan untuk kawal lagi perasaan-perasaan semua itu.

Kadang sungguh aku macam nak tunjukkan pada guru-guru yang masih dalam takuk lama yang rasa kalau orang itu tak pandai, atau pernah gagal, memang selamanya lah gagal, keputusan-keputusan aku. Rasa macam nk bagi tahu: -
"Ustaz Ustazah, saya dah dapat 95 ni untuk Nahu ! Saya dah boleh berbual lancar dalam Bahasa Arab ! Saya dapat 95 ini untuk Quran ! Saya dapat pujian daripada Syeikh itu Syeikh ini ! Cher, Sir ! I can now able to understand even what the Academics are saying, let alone Maths and Science-based subjects' books ! Cher my Dr said im brilliant!" etc etc.
Ada masa juga aku rasa seperti ingin minta maaf saja pada guru-guru yang tak pernah pandang rendah pada aku. Aku ingin mereka tahu yang aku ini pelajar yang latebloomer, dan bukanlah aku 'sengaja' untuk tidak mahu fahamkan apa yang guru-guru semua ajarkan dulu, tapi memang tiada kesedaran langsung akan kepentingan belajar-belajar itu semua, pada masa itu, dan andai betul ada peluang, aku ingin sangat belajar semula matapelajaran-matapelajaran lama semua itu, dengan guru-guru yang sama. :(

Kadang aku terfikir, andai mereka-mereka yang pernah dan masih tanya-tanya aku soalan itu dan ini, minta pandangan dan seumpama, agak-agak masih ingin lagi kah mereka berkawan, atau tanya-tanya lagi bermacam-macam soalan kalau mereka tahu sejarah lama aku?

***
Apa-apa pun.. aku yakin semua keadaan 'nasib-nasib' yang aku sebut tadi, adalah Iradah Kauniyyah atau Mashi-ahNya yang tiada siapa mampu mengubahnya, dan semestinya dalam setiap yang berlaku itu, ada hikmah yang tersirat. Adapun sekarang, mungkin sudah tiba masa untuk aku perkemas dan percantikkan iradah syar'iyyah aku.

اللهم استر عيب معلمي عني، ولا تذهب بركة علمه مني.

اللهم أحيني ما كانت الحياة خيرًا لي، وتوفني إذا علمت الوفاة خيرًا لي

Allahu Haafiz.

2 comments:

  1. Thank you for sharing and opening up what is kept in your heart...do not give up and continue to work hard to achieve your goals.. tak kisah ke late bloomer..early bloomer.. asalkan we give to our best ability.. looking forward to reading ur next post

    ReplyDelete