Wednesday, December 1, 2010

Pengalaman mengejut.

Assalamualaikum...

Tadi siang, aku ke Iman Kindergartens yang terletak di Tampines. Sangkaku sudah lewat sangat. Maklumlah, masa yang ditetapkan hanya sejam iaitu dari dua hingga tiga petang. Aku pun bergegas lari. Aku menghembuskan rasa lega tika lihat '136', iaitu nombor blok tadika itu. Dalam perjalanan, aku merentasi berbagai kedai runcit. Pada mulanya, aku cuba menahan rasa dahagaku. Namun, setibanya aku di kedai kedua terakhir (jika tidak silap), mataku bersinar-sinar.. TAWARAN... haha... aku pun mencekup sebotol air yang padahal bukan dalam tawaran, lalu membayarnya di tempat juruwang.

Setibanya aku di Iman Kindergartens, penyambutnya memberiku SEBOTOL air... haha...daa menjadi dua..

Sesi itu berlangsung lebih kurang setengah jam saja. Alhamdulillah, aku sempat berkenalan dengan dua rakan dari sekolah pemerintah. Akibat terlalu 'anti-sosial', aku tergamam seketika pabila mendapati yang mereka lebih biasa bertutur dalam bahasa inggeris. Alhamdulillah, aku dapat mengatasinya, walaupun tidak sepenuhnya. Mereka mempunyai gaya yang unik boleh kukatakan. Ada yang satu, jika tak silap, Syakir, berbual dengan penuh tenang dan berkeyakinan tinggi. Dari sudut pandanganku, aku dapat merasakan yang dia ialah seseorang yang matang dan akan mempunyai masa depan yang cerah.

Lagi satu pula, cenderung kepada bidang muzik. Cara dia berbual, juga membuatku rasa amat rendah. Selain fasih serta lancar bertutur dalam bahasa inggeris, dia mempunyai semangat yang amat jitu. Kami bertiga berbicara dalam bahasa inggeris sepanjang perjalanan, daripada stesen bas, dalam bas hinggan turun bas. Tika berbual, aku benar-benar rasa 'rendah'. Bagaimana mungkin aku bisa menyesuaikan diriku apabila berdepan dengan orang awam tika di sekolah nasional atau pemerintah nanti ?

Ibarat tamparan hebat yang singgah ke pipiku. Sangkaku bahasa inggeris aku sudah cukup memuaskan dari segi perbualan. Walaupun tidak terlalu gagap, namun ia amat berbeza saatku berbicara dengan rakan sekolahku. Mungkin, tidak dapat nafikan aku mempunyai daya keyakinan yang amat rendah. Aku cuma rasa yakin pabila kubersama handaiku. Bukanlah bermaksud mereka tidak pandai, cuma perasaan yang menyelubungi diriku sewaktu berbual bersama orang awam dan rakan sekolah, amat berbeza. Hanya Allah sahaja yang memahami kata-kataku ini.

Dukacita dimaklumkan aku tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang ditetapkan. Iaitu sebagai 'Teacher's Aide'. Aku tidak dapat bayangkan bekerja dalam keadaan runsing. Maklum sajalah, lagi beberapa hari (hari bekerja mula pada awal bulan Januari), akan menjelang hari yang dinanti-nantikan ramai dengan penuh debaran. Keputusan O level.

Semoga aku dapat pekerjaan dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Sampai disini saja luahan hatiku sebagai insan biasa. Manusia yang hanya menginginkan kebahagian di samping kesederhanaan.
Assalaamu'alaikum.

No comments:

Post a Comment