Sunday, July 10, 2011

Aku bukan malaikat.

Assalaamu'alaikum..

Rasanya sudah agak lama aku tidak menulis di Blog ini. Terdapat beberapa perkara yang ingin kukongsi bersama:-
  • Aku bukan malaikat
  • Language Race
  • Bahas 4PM
  • Hari Sukan

Kadang, entah mengapa, aku benar-benar merasa yang diriku ini sombong. Manakan tidak, tatkala berjumpa dengan beberapa kenalan di luar sana, dengan secara tiba-tiba kadang-kadang aku bersikap endah tak endah. Kadang lebih teruk lagi, apabila dia memberi salam, aku setakat senyum 'paksa' dan terus jalan. Bayangkan! Sejurus setelah berapa saat, aku bertanya pada diriku akan mengapa aku berbuat demikian. Mengapa tidak aku berbual sebentar, berjenaka sekejap, ya maksud aku, berbual seperti seorang kawan dengan kawannya. Kini baru aku sedar mengapa sesetengah orang mendakwa aku sombong. Namun aku pasti suatu hari nanti, dengan izin Allah, akan aku berubah dengan sepenuhnya. Amin InsyaAllah.

Mutakhir ini, aku telah dikejutkan dengan pelbagai dugaan. Tahun ini merupakan tahun pertama aku dikejutkan dengan, bukan satu atau dua, tapi empat kegagalan dalam matapelajaran A level. Belum termasuk Bahasa Arab, mudah-mudahan aku lulus. Dua daripada itu nyaris-nyaris aku lulus, sementara lagi dua, hancur bin rabak keputusannya. Namun aku yakin di sebalik setiap dugaan yang menimpa, pasti akan ada hikmah yang tersemat. InsyaAllah Amin !

Seterusnya, Language Race. Alhamdulillah, kumpulanku telah memenangi tempat pertama. Ia benar-benar merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
*Dari kanan, Fadhil, Bukhari, Saddam, Sir Haidad, 
Luqman(Presiden Kelab SEA), Siraaj, aku dan Hadi.

Sungguh penat. Satu pengalaman yang tidak dapat kulupakan adalah saat kami terpaksa berjalan dari daerah Sungai Singapura ke Marina Bay Sands! Di bawah pancaran terik sang suria lagi. Sungguh kurang asam ya Kelab SEA. haha..

Selanjutnya Bahas 4PM. Tahniah kuucapkan kepada para pembahas Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah serta Institut Millenia. Juara mahupun Naib Juara, kededuanya sudah pun mempunyai perkataan Juara dalamnya..:)) Tahun depan bagaimana ya? Semoga MWTI terus maju, bak slogan yang digunakan mereka dalam video Bahas 4PM, Maju terus Maju !

Akhir sekali, Acara Sukan MWTI 2011. Pada mulanya, aku tidak terfikir pun hendak memasuki acara Sukan ini. Ada pun mungkin hanya secebis saja. Namun disebabkan Zulzawaid yang tika itu sedang berada di Dubai, aku terpaksa menggantikannya. Kumpulanku pada hari sebelumnya terdiri daripada Khairul Zaman(KZ), Khalil, Aidil dan aku. Namun pada hari tersebut, Hariz menggantikan Aidil atas sebab-sebab tertentu. Aku hanya memasuki satu acara sahaja, dan ia adalah 100x4 relay. Alhamdulillah, kumpulanku telah memenagi pingat Perak(Silver) dalam acara itu. Sekali lagi, Alhamdulillah.

*Dari kanan, Hariz, KZ, aku dan Khalil.

Dari itu, sekian saja daripada aku,
Nufail Rahman.

Assalaamualaikum.
ps: Pada mereka yang telah ditarik balik kemenangan, mungkin bukan rezeki kamu kali ini. Percayalah, peluang akan sentiasa ada. Seperti aku yang telah ditarik balik kemenangan 2 tahun lepas; dalam acara dan 'kemenangan' yang sama, Alhamdulillah pada tahun ini aku telah dapat mengambil kembali takhta Perak yang telah ditarik balik 2 tahun lalu itu.

No comments:

Post a Comment