Wednesday, January 26, 2011

Sudah bermula.

Assalaamu'alaikum.

Keputusan JAE sudah kuterima. Alhamdulillah, aku dapat bidang yang kucuba terjah. Namun, setelah kutelaah, aku yakin ianya tidak seproduktif bidang yang lain. Apatah lagi dengan dunia sekarang lebih memfokuskan pada bidang teknikal, kejuruteraan dan seanteronya. Aku yakin bidang yang ingin kuterjah itu, sudah awal-awal lagi diajarkan padaku. InsyaAllah, semua akan berjalan dengan lancar.

Terlebih dahulu, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah(MWTI) sudah menerimaku. Aku tahu aku sudah tidak lagi boleh meluangkan masa berjam-jam di hadapan skrin pipih ini. Tambahan pula, menurut hematku, MWTI kini lebih tegas, memandangkan daripada 72 pelajar yang dianggarkan layak memasuki MWTI, atau dalam istilah inggerisnya, 'intake', hanya 54 yang dipilih. Pembukaan kelas kedua buat pertama kali bagi pra-U 1 juga adalah suatu yang mengejutkan.

Ujian kelayakan juga dipraktikkan buat pertama kali bagi yang ingin ke aliran akademik. 'Economics' dan 'Matematik' adalah dua matapelajaran yang bakal diuji. Di MWTI, bagi yang ingin mengambil aliran akademik, mereka akan mengambil..:-
  • Bahasa Arab
  • Syariah
  • Usuluddin
  • Bahasa Melayu dan Sastera
  • General Paper (GP)
  • Economics
  • Matematik; serta
  • Al-Qur-an.
Mengenai H1 dan H2, aku tidak begitu pasti memandangkan masa Orientasi kelmarin, ianya hanya ditayangkan buat seketika, secara keseluruh.

Masanya sudah tiba. Aku harus mendisiplinkan diriku. Tiada lagi berjam-jam di hadapan komputer riba ini, di hadapan sebarang skrin pipih. Aku harus cuba untuk mulakan ulangkaji secepat mungkin. Ingat, aku berhadapan dengan pelajar Maktab kebanyakan.

Tahun ini juga bakal kucuba untuk tembusi 'pasaran' bahas. Akan kuusaha segigih mungkin untuk memasuki peringkat akhir Bahas 4PM. Permudahkanlah urusanku ya Allah.

Akhir kalaam,
Wassalaamu'alaikum.
ps.: Mampukah aku menyesuaikan diri? Semoga aku dapat menerima segala macam tohmahan dengan hati tabah. InsyaAllah.

Wednesday, January 19, 2011

So hard.

Assalaamu'alaikum.

Weathers in Singapore has been very cold lately. Wonder how would it be like if i were to reside in a minus zero degrees celcius' country. O level results gotten and thank God i scored in all of the subjects. Just that it really really didn't meet my expectations. Well to think on the positive side, I was quite lucky as compared to many of my other friends. Some didn't even get a credit for it (as far as i'm being told).

Recently, I was away to Malacca from Saturday(15th) to Monday afternoon. I was quite flabbergasted at the sight of many Malaysian women wearing a tudung with tight jeans. Some even wore a t-shirt with the hands bared. I was then brought to the thought of many malaysian women that were very very angry at the sight of the famous Malaysian singer, Siti Nurhaliza. From Youtube, to the forums, many have laid down their inner thoughts of what they called as a 'tudong' that Siti wears.

Some of the comments were as such, " baek tkyaa pakai tudong an! buat malu Islam je (Might as well take off that headscarf ! what a disgrace to Islam !) "

We should instead make supplications to her, May Allah gives her His guidance. At the very least, Siti has made it clear that what she is wearing right now is not a tudong like many assumed it is. And at the very least too, she has also made it very clear that what she is doing right now is towards achieving good values. What some of them are doing right now really depicts the saying "The pot calling the kettle black."

I'm not condemning anyone here. I am merely stating facts.

A gentle reminder here. To those who owns a website containing gossips, do have in mind that what ur doing is a sin and please stop stating statements like " tak takot dose ke artis2 nie..(don't these artistes afraid of making sins?)" etc etc. Do bear in mind that what ur doing urself is a sin.

Back to the topic:-

Sometimes, i do think that life is indeed unpredictable. I've just gotten my O level results, and it was bad. Just hope that there are wisdoms behind it.

I was kinda stupefied upon staring at those Cs. Even for Geography, i was expecting sumthing like A2 or B4, but i was proven wrong.. Just imagine, for both Physical and Human. I can still remember i got my very own favourite topics, and the all the 4 question was like, so direct. I was very confident i could score. While others were frustrated, i was smiling upon exiting the hall! Yet i still got a mere C5. Maybe my problem was.. I was TOO confident. Over confident.

I am right now dithered over which instituition am i inclined to. Madrasah Wak Tanjong or Polytechnic. Thank God I've been accepted to Madrasah Wak Tanjong, but I've yet to confirm my decision as the Polytechnic's results are still pending.

If i go to Madrasah Wak Tanjong, I've to really do my all out in it, meaning i cannot anymore spent hours in front of the screen. This is A-levels mind you! I've to really sacrifice my this mere 2 years.

If i proceed with the Polytechnic(with the courses that i want of course), I can just get the diploma and start working. And that will be 3 years.

Oh God. Show me your guidance.
Assalaamu'alaikum.

Saturday, January 1, 2011

9 hari lagi.

Assalaamu'alaikum.

Jendela 2011 akhirnya dibuka. Mahu atau tidak, ia sudah pun menyambut kita dengan tangan terbuka. Ini juga bermakna kita - yang telah menduduki peperiksaan GCE peringkat O - cuma tinggal sembilan hari lagi untuk mengetahui atau mendapat keputusan kita.

Aku tahu ramai sudah pun membuat rencana akan masa hadapan mereka. Ada yang mahu ke Poly, JC dan ITE. Ada juga yang ingin ke bidang ukhrawi. Namun, aku masih belum membuat keputusan. Aku tidak sanggup bersedih jika aku tidak dapat mencapai ukur tara yang diperlukan untuk sesuatu institusi tersebut. Tambahan, aku merupakan orang yang cepat panik. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

Untuk mendapat 30 sebagai agregat keseluruhan pun aku tidak berani untuk membayangkan. Aku masih merasakan agregatku akan melebihi 30. Mana harus aku pergi jika perkara sedemikian berlaku? Sesal sudah tiada guna lagi. Aku harus cepat merancang.

Ada yang menyarankan agar kupergi ke rumah terbuka Poly, atau dalam istilah inggerisnya, Open house, tapi aku benar-benar rasakan Poly bukannya tempat bagiku. Aku tahu kadang kala, sesuatu yang kita suka itu merupakan perkara yang tidak baik untuk kita, begitu juga sebaliknya. Haiz, hanya Allah saja yang tahu betapa runsingnya aku tika dan saat ini.

Berbagai gambar menyambarku. Aku malu untuk berdepan dengan mereka, iaitu guru-guruku. Mereka telah mengajarku dengan sedaya upaya mereka, dengan penat lelah mereka, ditambah pula dengan gaji yang rendah. Di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua guru-guru, baik yang telah mengajarku, mahupun yang belum. Aku sedar kekuranganku. Akan aku berusaha untuk menjadi insan yang lebih berguna kelak. InsyaAllah.

Pejam celik pejam celik, masanya akan juga tiba. Ya Allah, berilah aku kekuatan serta hidayahmu. Semoga aku dapat menempuhi segala rintangan, cubaan, ujian dan dugaan yang mendatang dengan tenang. Jadikanlah aku insan yang berguna di muka bumi ini.

Sampai di sini sahaja tulisanku kali ini,
Assalaamu'alaikum.