Thursday, January 30, 2014

Permata; yang tiada ternilai.

Bismillah.

Assalaamu’alaikum.

Kita merancang, Dia menentukan.
Benar, tiada disangkal.

“Ya Allah, betul ke aku dah kat Negara Arab ni??” Itulah kata-kata yang kulemparkan pada diriku, tatkala baru saja sampai di Lapangan Terbang Doha.

Dalam sekelip mata sahaja, tahu-tahu aku sudah berada di salah satu daripada bumi Syam, iaitu Jordan. Terima kasih kuucapkan kepada Ustaz Dhiya', Ust Halim, Cikgu Masnia, Haziq, Kak Faseha dan rakannya. Allah yujzikum el-kher.

Tika kusampai di Irbid, kudisambut oleh seorang senior yang begitu kecil orangnya, namun sangat besar hatinya. Namanya Haikal. Itulah detik pertama pertemuanku dengan seorang rakan Malaysia di Irbid, Jordan. Dialah yang menolongku mengangkat bagasi aku yang beratnya mencecah 30kg. Dalam perjalanan ke rumahnya itu, aku ‘disapa’ oleh anak-anak kecil yang mungkin daripada Syria, meminta-minta aku sedikit duit syiling. Sungguh kasihan aku melihatnya, tapi apakan daya, aku baru sampai dan belum lagi sempat untuk menukar sebarang duitku ke matawang Jordan. Dengan berat hati, aku mengatakan pada budak itu yang aku tiada duit. Sebaliknya Haikal lah yang menderma sedikit qursh(duit sen sana) kepada anak itu.

Setibanya aku di rumahnya, kebertemu dengan teman sebilik Haikal iaitu Nu’man, dan rakan rapat mereka, iaitu Syazmi. MaasyaAllah, pada saat itulah aku melihat Hadith Nabi saw dipraktikkan. Aku benar-benar teringatkan hadith Rasulullah saw yang mana diriwayatkan daripada Abu Huroiro RA, bahawa Rasulullah saw bersabda:-

“.. dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka dia hendaklah memuliakan tetamuNya.” –HR Al-Bukhori dan Muslim.
 
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Aku dilayan dengan begitu baik oleh mereka, yang aku, sebagai orang ‘asing’ di kalangan mereka rakyat Malaysia, sehinggakan tidak merasa yang diriku dibanding-bandingkan oleh mereka. Dengan kerenah  ‘pelajar tahun 1’ aku dan seribu satu soalan daripadaku yang seolah-olah tiada penghujungnya, mereka sanggup hadapi dan menjawab setiap satu soalanku dengan sabar dan tenang sekali.

Tatkala waktu sudah masuk Maghrib, mereka pun mengajakku ke Masjid; suatu perkara yang hampir begitu berat untuk kulakukan tika di Singapura. Mula saat itu, hampir setiap hari dan waktu akan ku ke Masjid. Kesan daripada ajakan yang pertama, Alhamdulillah telah melekat dalam diri. Malah kadang bila aku tertinggal solat di Masjid, perasaan serbasalahnya begitu kuat. Syukron kullukum, Allah yujzikumul kher.


 
Pada hari yang pertama juga, kukenali rakan-rakan yang sama merupakan pelajar baru, yang mana mereka juga menetap di rumah Haikal buat sementara waktu sebelum mendapatkan rumah masing-masing dan mereka daripada Selangor. Mahfudz, Abdul Rahman, Ghazali, Saifullah, Hariz dan Aizuddin. MaasyaAllah, sungguh rendah diri satu-satu, walaupun pada hakikatnya mereka merupakan salah satu daripada pelajar-pelajar ‘top’ di sekolah masing-masing. Kupanjatkan syukur padaMu ya Allah atas pertemuan yang kauberikan ini.

Di kalangan mereka, aku lebih rapat dengan Ghazali berbanding yang lain. Walau bertubi-tubi sentapan dan sindiran yang diberi, aku suka akan pendirian dan sifatnya. Dia merupakan seorang pendengar yang bukan sahaja mendengar tapi juga menilai. Dianya tidaklah cepat melatah apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat namun sebaliknya dia lebih suka untuk mengetahui pendapat yang bercanggah itu demi mencambahkan ilmu pengetahuannya. Dalam kata lain, dia gemarkan ilmu dan terpupuk sifat ingin mengkaji di dalam dirinya, di samping sifat saling menghormati yang memang tersedia dalam dirinya. Semoga anta dapat menjadi ahli Bahasa yang dapat menyumbang kepada pembaikan masyarakat Islam.
 

Hari berganti hari, masa untukku mengambil ujian di Markaz Lughah; sebuah pusat bagi memperkasakan lagi B.Arab kita, sudah tiba. Aku mendapat tempat di Mustawa Robi’. Di sinilah titik permulaan kumengenali lebih ramai rakan dari luar Negara, seperti yang daripada Itali, Poland dan Austria. Di sini juga kemengenali Ammar dan Ibrahim, dua rakan yang begitu bijak namun berhati mulia sekali. Aku yang walau berusia lebih lanjut daripada mereka, rasa begitu rendah sekali. Manakan tidak, pada hemat aku, mereka jauh lebih matang daripadaku, lebih berakhlak dan semestinya lebih pandai daripadaku yang begitu lemah ini, dan yang paling penting sekali, mereka tidak sombong. Namun hal yang membuatku semakin merenung kekuasaan Allah, aku digandingkan bersama mereka-mereka yang sama menetap di rumah Haikal, (Mahfudz dan yang lainnya) di dalam kelas Mustawa Robi’ itu. SubhaanaLLah.


Aku tak pasti sama ada mereka senang dengan kehadiran dan keberadaanku, tapi yang pasti, aku merasa senang.

Seterusnya dalam masa hampir 2 minggu, tibalah rakan-rakanku daripada Singapura; iaitu rombongan pelajar daripada Madrasah Al-Junied Al-Islamiah. MaasyaAllah hanya Tuhan saja yang dapat menggambarkan perasaan gembiraku. Manakan tidak, dengan kehadiran mereka, tidaklah aku rasa terlalu ‘asing’ di Irbid sana. Daripada pihak lelaki, Mateen, Faiz, Ameer, Amrullah(Aum), Hamkha dan Hanan. Allah yubaarik fiikum. Daripada pihak perempuan, Allah yubaarik fiikun.


Teringat aku sewaktu memegang jawatan Presiden bagi kelab B.Melayu(PERBAYU) di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah suatu tika dahulu, di mana pada saat itu, aku dan rakan-rakanku sedang membincangkan mengenai program di luar darjah bagi ahli-ahli kelab itu. Salah satu daripada kami memberi saranan agar kami mengadakan permainan ‘rock climbing’, dan pada masa itu, hanya satu saja tempat yang bermain di kotak mindaku, iaitu Madrasah Al-Junied Al-Islamiah, kerana di tempat lain, semestinya harga menyewa dan sebagainya akan melambung tinggi. Pada masa itu, seingat aku, Aumlah yang merupakan Presiden atau orang yang ditugaskan menjaga hal-hal berkaitan ‘rock climbing’. Hanya melalui telefon dan pesanan ringkas saja kami berhubung, Namun kuasa Allah, akhirnya kita berpijak di Universiti yang sama, iaitu Universiti Yarmouk.


Alhamdulillah juga sewaktu di Irbid, Jordan, sempat kubelajar dua matapelajaran iaitu Madkhol ila Al-'Aqidah Al-Islamiah(Pengenalan kepada Aqidah Islamiyyah) dengan Dukturo Samirah Tohir dan juga Hadith(1) dengan Dr. Sa'id Bawaa-'ina. Alhamdulillah thuma Alhamdulillah. Banyak sangat pelajaran yang dapat kuperoleh daripada menghadiri kelas-kelas itu. Semoga Allah membalas jasa baik Duktur dan Dukturo.

 


Sewaktu aku di Irbid, Jordan juga, kudiberi kesempatan untuk berkawan dengan abang-abang dan kakak-kakak senior daripada kededua Singapura dan Malaysia, seperti  Haziq, Abu Huzaifah, kak Faseha dan rakannya, kak Nabilah Othman, kak Hidia, kak Hidayah, kak Sakinah, kak A'iesyah Ar-Rabie'ah, Haikal, Syazmi, Nu’man, Afiq Hadi, abang Salman, Muaz Arif, Muaz Omar, Muaz Zulkarnain, Hubaib, Akmal, Nabil, 'Misyari', Mukhlis, Syartibi, Syazwan, Ibrahim, Hakim, Yassir(Pena), Zulhilmi, abg Andi, Aiman, Alif, Ariej, Syihan, abg Faris, Afiq dan ramai lagi. Wallaahi, mereka telah banyak membantu. Jazaakumullahu khoirol jazaa’.




Kupanjatkan syukur juga padaMu ya Allah yang telan mengurniakan aku ahli-ahli rumah yang cukup baik sekali. Syazwan, Syartibi, Syakir, Bazli, dan kemudian datangnya seorang lagi ahli baru, Umair. Satu-satu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, dan dari sini, aku cuba sesuaikan diri. Dari sini juga dapat kubelajar erti berdikari, erti persahabatan, kekitaan, saling menghormati dan erti saling menghargai keberadaan masing-masing.

Aku tidaklah begitu rapat dengan Bazli kerana aku tidak mampu bermain PES.hehe. Tapi apa yang aku boleh katakan, dia merupakan orang yang suka berterus-terang, tiada simpan-simpan. Tapi apa yang mungkin boleh kunasihatkannya, hati-hati dalam setiap apa yang kita tuturkan, terutama apabila ianya mampu didengar atau dibaca oleh sekalian manusia.

Syakir pula, seorang yang aku tabik atas kemampuuannya menerima kepelbagaian pendapat. Ya dia dan aku, masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sesuatu isu dan perkara. Kami sering berbincang mengenai hal agama dan semestinya kededua kami masing-masing belum mengkaji dengan ‘daqiq’ atau mendalam mengenai hal itu. Namun yang pasti, perbincangan itu bukanlah suatu perbincangan yang kosong, yang tak disertakan dalil atau pendapat Ulama’. Namun sebaliknya, kami sertakan pendapat ulama’ sana sini, dan walaupun kami akur mereka berbeza pendapat, kami masih lagi menghormati pendangan masing-masing, dan tidaklah perbincangan itu melainkan ianya hanya meninggalkan rasa ingin tahu dan ingin kaji dengan lebih mendalam mengenai fahaman yang bercanggah dengan pendapat kami. Syukron Syakir. Semoga anta dapat menjadi seorang penda’ei yang dihormati dan disegani kerana ilmunya. Allah yubaarik fiik.

Seterusnya Umair. Kukenali dia tidaklah lama, namun rasa seperti sudah kenal lama. Daripada sekadar teman, menjadi sahabat. Daripada kenal ‘gitu2 je’, akhirnya menjadi ‘roommate’. Dengan dialah aku boleh ‘gila-gila’.hehe. Banyak perkara yang dapat kubelajar daripadanya. Manakan tidak, sudah namanya teman sebilik, pastinya kami banyak bercerita mengenai pengalaman masing-masing. Walau kami baru berkenalan, namun entah mengapa, amat mudah bagi kami untuk meluahkan perasaan kami, begitu mudah untuk kami menceritakan rahsia kami yang sudah lama tersimpan. Semoga ukhuwwah yang terjalin, kekal hingga ke Syurga.

Bagi abang-abang senior di rumah itu, Syazwan dan Syartibi, aku ucapkan ribuan terima kasih kerana mampu menerimaku untuk menetap di sana. Terbaik ah. Bila orang bertanyakan padaku siapakah ahli rumahku, dan aku menyebutkan nama korang berdua, pasti mereka akan mengatakan yang aku beruntung kerana korang baik, tak ‘macam-macam’, cool dan sebagai. Alhamdulillahi a’la haazhihin ni’ma.:)


Sebelum kemeletakkan titik noktah pada tulisan ini, ingin kuucapkan ribuan terima kasih pada mereka-mereka yang telah sudi berkawan dengan aku. Ana harap antum dapat memaafkan segala salah dan silap ana baik dari segi pertuturan mahupun kelakukuan, atau apa saja, maafkan ana ye, sesungguhnya ana hanyalah manusia biasa, yang tak pernah lari dari membuat kesilapan. Sertakan ana dalam do'a antum semua ye. Allah yujzikumul kher :)

Pada mereka-mereka yang telah mengenaliku, semoga pertemuan kita ini bukanlah yang terakir dan semoga Allah meredhai hubungan kita. Di samping itu, aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka-mereka yang telah sudi menghantarku ke Lapangan Terbang di Amman. Semoga Allah membalas setiap jasa antum.





Kepada Ammar Hanapiah, Wallaahi ana terharu sangat dengan video yang anta buat:-


Aakhir kalaam, kupanjatkan kesyukuran yang tak terhingga padaMu ya Allah yang telah memberikanku peluang demi peluang, untuk menjadikanku hambaMu yang lebih baik saban hari.

Bagi rakan-rakan yang mengenali diriku juga, akan kujadikan pengalaman ini sebuah permata, yang tiada nilainya.

Hingga ketemu di lain kesempatan,
Assalaamu'alaikum.

Tuesday, January 1, 2013

A change.

Salam 'alaikum..

It's time for a change.

Facebook.
Youtube.
Laptop.
Self.

Saturday, September 22, 2012

Suatu luahan.

Assalaamu'alaikum..

Hari demi hari, hati ini semakin terpaut pada bumi Arab.
Hari demi hari, satu persatu meninggalkan bumi Singapura ini untuk melangkah, melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Ada yang ke Mesir.
Ada yang ke Madinah.
Ada yang ke Malaysia.
Ada yang ke Jordan.
Ada yang ke Australia.

Semakin lama kutermangu, dan berdoa berserta usaha,
semakin mudah air mata ini mengalir,
kadang begitu deras ia mencurah.

Apakah akan aku ke Universiti Malaya di Malaysia,
Apakah akan aku ke Universiti Yarmouk di Jordan, atau
Apakah akan aku ke Universiti Islam Antarabangsa Madinah di Madiinatul Munawwarah?

Apakah lembaran kertas yang berharga itu yang kukejarkan, atau
apakah ilmu Allah yang luas terbentang itu, yang sebenarnya kudamba?

Tatkala kemelengung,
terpancar di kotak mindaku berbagai-bagai kekata daripada kawan, guru serta keluargaku.
Ada yang mengatakan aku merupakan 'orang bahasa' atau language person..
Ada pula yang menyatakan aku sepatutnya berada di bidang mereka; atau designing dalam kata lainnya..
Sementara yang lain mengatakan aku mungkin layak mendalami bidang agama, mentalah setelah melihat pada pakaian dan gaya serta percakapan aku kata mereka.

_______________
Umurku sudahpun mencecah 19 tahun,
Namun kerap kali kumelihat mereka-mereka yang lebih mudalah yang jauh lebih matang daripadaku.
Usah melihat jauh.
Kededua teman baikku; Naufal dan Hidayah, jauh lebih matang daripadaku, apatah lagi dalam soal pengurusan masa, pelajaran, cinta mahupun soal agama.
Kendatipun begitu, aku tidak mampu menafikan suatu fakta -
yang aku bukanlah semakin muda.
Aku harus berubah.
Aku harus menjadi lebih matang.
Fikiranku harus lebih kritis.
Sudah tiba masanya.

_______________
Mungkin dahulu sering kukatakan yang diri ini tidaklah akan terfikir soal kahwin,
namun semakin kumembesar, perkara-perkara inilah yang mula menghantui diri ini selain soal masa depan dan hubungan rohaniku bersamaNya.
Calon di depan mata,
Hati saling terpaut.
namun terbatas dek syariat daripadaNya.
Hati dan perasaan tidak mampu menipu.
Tambahan pula, Dia pasti sudah mengetahui.
Namun kerana diri ini masih mengaku beriman padaNya,
Aku hanya mampu berdoa,
Jika dia benar untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Ketemukanlah kami di akhirat nanti, Ya Allah.
Namun jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.

________________
Sebelum tanda titik noktah ini kuletakkan pada akhir tulisan,
ingin kuluahkan sesuatu,
kumerinduimu teman baikku, Naufal.
kumerinduimu teman baikku, Hidayah.
kemerinduimu teman-temanku yang kini berada di Malaysia, Mesir, Jordan, Madinah, serta Australia.
Halalkan segala makan dan minumku,
Maafkan diri ini yang sering tidak melihat kesalahan itu sebagai suatu kesalahan.
Mohon disertakan diriku dalam do'amu.
Terima kasih dan semoga Allah membalas dirimu dengan sebaik-baik balasan.

________________
Aakhir kalaam,
Semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya.
Semoga segala amalan kita diterimaNya.


Hingga ketemu lagi di lain kesempatan,
Assalaamu'alaikum.

Friday, August 10, 2012

Memories bound to be missed.

Assalaamu'alaikum..

Days and months had passed. How time flies. It has been almost 2 years since I first stepped my foot onto this ground of Madrasah. Many memories had been captured, of the good ones insyaAllah, as the connotation usually brings. It is also here that i start getting socialised, making new friends and even bestfriends. There are far too many smart guys and gals here; future scholars insyaAllah, which indirectly had, futher lowered my self-esteem, but Alhamdulillah they are all nice guys..:))

It is kinda aberrant when you've realised that your closest of friends are of those, not from your childhood times or should i say, not from your previous school, with regards to that of primary and secondary times. 'alaa kulli haal, Alhamdulillah 'alaa kulli ni'mah. Nevertheless, no matter how selfless I may be, as quoted even by teachers and friends, there are also times where i, accidentally hurt my friends' feelings, through my words. I was just being insensitive towards their feelings. Saa-'idnii yaa Allah; give me the strength to face all these obstacles with ease. True what is quoted as,"Words can kill."

Therefore in this month full of blessings, I hope all my mistakes have been or can be forgiven, insyaAllah. I am truly sorry for what i had uttered or did to any of you guys. Moreover, I am just a normal being, who did mistakes, as quoted by the Prophet Muhammad(may peace be upon him), "All human beings are sinners; and the best of the sinners are those who repent."

The teachers and friends. Bahas 4PM, YODA Muslim Debate, Seminars, Workshops, Class gatherings, Camps, 'Qiyam'(s), Club activities, meetings, forums and many more. How i missed those moments. Truly i missed all of these. True what they say, "Schooling times are the best."

Naufal.Hidayah; my two bestfriends. Thank you for being there for me all these while, through every laughs and tears. Thank you for being able to accept all that is in me. Do pray for my success in life. I hope the bonds we've made will be kept till Aakhiroh insyaAllah. I am deeply sorry for not being able to be a good friend to you guys though. I've done my best - that's to be assured, insyaAllah. I wish you both all the best, ma'at taufiiq wan najaah wa fi hifzillahi daa-iman insyaAllah. Aakhir kalaam, Inni uhibbukum fiLLah. I love you.

To my respected teachers and fellow friends, i wish you guys all the best in your lives. May we all grow up to be successful Muslim Leaders, Scholars, Teachers, Fathers, Husbands, Wives, Sons, Daughters, Doctors, Engineers.. and the list goes on insyAllah. Do keep me in your prayers. Jazaakumullahu khoirol jazaa'. Uhibbukum fillah.


 Till then,
Assalaamu'alaikum wa fii hifzillah.

Sunday, February 5, 2012

keranaNya, insyaAllah.

Salam 'alaikum..

Hari demi hari, semakin banyak ujian kuhadapi. Pucuk pangkalnya mungkin adalah pada niat dan perbuatanku yang mungkin tidak seikhlas yang kurasa.

Hafalan Quran.
Presiden kelab.
Pereka Buku tahun sekolah 2012.
Pengajar.
Pelajar.
Hambanya.

Adakah keputusan dan kelulusan cemerlang yang kudambakan?
Apakah nama serta pujian yang kuinginkan?

Sungguh terlalu banyak tanggungjawab berada padaku.
Masalah mengatakan "tidak" atau "maaf, saya sibuk" pada tawaran-tawaran yang diberikan adalah 'penyakit' seperti yang dikatakan kawanku.

Ya Allah, sungguh diri ini merasa tidak senang, sangat resah.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku.
Semoga segala kelakuan serta perbuatanku ikhlas keranaNya, insyaAllah.
Mohon dido'akan agar hidupku tenang dan dipermudahkan urusan olehNya.

Dari itu,
Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh..
Allahu yubaarik fiikum..:))

Monday, January 23, 2012

On hold

Assalaamu'alaikum..

Blog will be on hold for now due to the inescapable responsibility and commitment to studies, club activities/events, school's yearbook and mosque.

Till then,
Assalaamu'alaikum.

 

Sunday, December 18, 2011

Syukur

Salam 'alaikum..

Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik, sudah hampir kita di penghujung tahun 2011. Tahun hadapan, lembaran baru aku dibuka. Tanggungjawab serta tekanan pasti akan menambah - hanya persoalannya berteras sama ada kita mampu menanganinya atau sebaliknya. Terdapat beberapa perkara yang ingin kukongsi bersama:-

1) Hari Nadi Furqan
2) Hari Perbayu
3) Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun
4) BBQ/Perkhemahan 

1) Hari Nadi Furqan

Acara ini berlangsung selama tiga hari. Aku tabik kelab Nadi Furqan atas kemampuannya melancarkan acara ini. Walaupun terdapat beberapa kepincangan pada acara ini, namun aku tidaklah begitu menghiraukannya kerana aku tahu acara ini merupakan suatu acara yang boleh kukatakan agak mendadak. Tambahan pula dengan ahli exconya yang tidak begitu ramai.

Melalui acara ini, Alhamdulillah, aku telah pelajari banyak perkara. Walaupun terdapat beberapa perkara yang sudah kuketahui, namun apa salahnya jika ianya diulangi. Satu kisah yang menyentuh diriku adalah kisah di mana seorang wanita tua yang hanya menjawab dengan menggunakan ayat-ayat dari Al-Quran. Sungguh, MaasyaAllah. Sebagai contoh, tika ditanya oleh Abdullah bin Mubarak, "Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?" Wanita itu menjawab, "Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (Al- Baqarah 184)."

Sungguh aku kagum dengan wanita itu.

Ya Allah, muliakanlah aku dengan faham dan hafalan, sehingga aku hafal setiap ilmu dan ayat yang aku dengar.
Ya Allah, muliakanlah aku dengan memiliki suara yang bagus, sehingga orang yang mendengar ayat-ayat daripadaku bertambah iman dalam hatinya, meskipun dia berhati keras.
Ya Tuhanku, muliakanlah aku dengan rezeki yang halal. Berilah aku rezeki dari sesuatu yang tidak kuduga. 

2) Hari Perbayu

Hari Perbayu ini berlangsung selama sehari saja. Alhamdulillah ia berjalan dengan lancarnya, walaupun terdapat beberapa masalah seperti masalah teknikal. Masalah sampah sarap pun, Alhamdulillah, dapat diatasi dengan baiknya.

Diacarakan oleh Khidir dari Pra-U 1 dan Munir dari Menengah 3, acara ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Muhammad Nabil Johari dari Pra-U 1, diikuti dengan terjemahnya oleh Hidayat dari Menengah 1. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Permainan Balas Pantun. Formatnya tidaklah begitu formal. Cara permainannya sama lebih kurang seperti permainan Bomb. Semua kelab boleh kukatakan begitu bersemangat dalam permainan ini. Syukurku dihadapkan pada Yang Esa.

Selain itu, acara ini juga diserikan dengan peraduan-peraduan yang tidak kurang hebatnya, seperti Peraduan Spontan, Peraduan Timbang Bola Takraw bersamping, dan PERBAYU Ekspres. Sungguh, sebagai Presiden bagi kelab ini, aku amat terharu dengan sambutan yang begitu menggalakkan.

Di kesempatan ini, aku mewakili ahli-ahliku yang lain, ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas semua penyertaan kamu yang menghadiri; yang menjayakan acara ini. Sekali lagi, terima kasih. 

3) Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

Alhamdulillah, syukurku dihadapkan pada Yang Esa. Terus terang kukatakan aku amat terkejut melihat keputusanku. Dua hari sebelum hari mendapat keputusan itu, aku sampaikan menangis. Tidak terbayang aku apakah reaksi keluargaku jika aku benar-benar ditahan dari naik darjah. Berbagai-bagai gambaran negatif bermain di kotak mindaku. Manakan tidak, abang-abangku semuanya boleh kukatakan telah mencapai ke menara gading. Ada yang sehinggakan mendapat gred GPA sebanyak 3.8 lagi dalam kursus di Politekniknya.

Walau aku bersyukur kerana berjaya melangkah ke Pra-U2, namun aku tidaklah begitu berasa sedap hati atas keputusanku. Tidak kusangka terdapat beberapa guru yang meletakkan jangkaan agak tinggi padaku. Aku terkejut tatkala mereka mengutarakan perasaan mereka terhadap kertasku.

Ada yang mengatakan, “Nufail, you’ve got the language, but I just can’t understand what you’re trying to deliver this time.”

Ada pula, “For your case, it’s low, much lower than my expectations.”

Lebih kurang begitulah seingat aku. Bayangkan reaksi dan perasaan aku tika dan saat itu. Malu, kesal dan pelbagai lagi. Aku tak nafikan yang memang, aku tidak memberi 100% dalam ujian akhir ini. Ada kertas yang  aku sehinggakan belajar pada paginya tersebut lagi. Astaghfirullah. Pasti mereka akan merasa sedih dan kecewa  apabila melihat pengakuanku begini. Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf sekiranya aku ada menghampa atau mengecewakan mana-mana guruku. ‘Afwan ya Asaatizhatii. Sawfa ajtahidu ak-thar fil mustaqbal insyaAllah.

Seiring dengan topik, aku sedih melihat mereka yang tidak berjaya untuk melangkah ke Pra-U2. Aku tabik melihat kekuatan mereka dalam mengharungi dugaan ini. InsyaAllah mereka bakal kekal di Madrasah ini tahun hadapan. Selamat maju jaya ya !

4) BBQ/Perkhemahan

Perkhemahan ini berlangsung di Masjid Petempatan Melayu Sembawang. Sungguh ia merupakan suatu pengalaman yang berharga bagiku. Terasa benar ukhuwwah yang terjalin. Hanya satu masalah yang timbul pada perkhemahan ini - tanah yang lecak; berpunca dari hujan yang turun pada sebelah petang hari tersebut. Namun begitu, acara berbeku atau memanggang ayam, udang dan sebagainya tetap berjalan dengan lancarnya.

Satu pengalaman yang tak dapat kulupakan adalah saat di mana aku terlihat makhluk halus; walau mukanya tidak kelihatan. Ia berlaku dalam pukul 2 lebih pagi semasa kami sedang menjalani acara night walk.

Pada mulanya kami berjalan beramai-ramai. Tika ini, tiada apa-apa aneh yang berlaku. Namun saat ingin pulang ke Masjid, kami bercadang untuk berjalan berpasangan. Aku dipasangkan dengan Naufal; adik Nabil. Untuk ke Masjid, terdapat dua jalan – A dan B. Aku dan Naufal mengambil jalan A. Kumpulan kemudiannya memilih untuk mengambil jalan B, mengakibatkan aku dan Naufal hanya berdua di lorong A itu. Pada mulanya, memang tiada apa yang berlaku, kami hanya berbual sesama sendiri. Namun setelah beberapa minit, tiba-tiba Naufal berkata dengan nada terkejut, “Eh !” Apabila aku bertanya kenapa, dia hanya berdiam seketika dan terus menyarankan agar kami berjalan sahaja. Kami pun kemudiannya meneruskan perbualan.

Dalam lorong itu, terdapat satu bahagian di mana cahaya lampu tidak dapat menembusi belitan dahan yang melengkung.  Aku tidak berapa ingat adakah penampakan itu terlihat semasa kami melalui jalan itu atau adakah ianya terlihat setelah kami lalu bahagian itu. Apa yang kulihat adalah kain putih di hadapan sebatang pokok. Aku masih ingat lagi. Masa aku berbual dengan Naufal, tiba-tiba aku baca, “ Bismillahirrohmaanirrohim, A-‘uuzhubillahiminasy-syaitonirrojim.” Tubuhnya seakan-akan seorang yang gempal dan besar. Benar perasaan pada masa itu sungguh lain. Yang peliknya, aku tidaklah merasa sebarang perasaan takut, bahkan aku menoleh sehingga 3 kali untuk benar-benar memastikan apakah benar itu hanya kain putih atau sebaliknya.   

Setelah sampai di Masjid, aku pun menceritakanlah pengalaman aku itu dengan kawan-kawanku. Setelah beberapa minit, aku, Naufal, Hakim dan KZ bercadang untuk melihat sekali lagi lorong itu, untuk benar-benar memastikan sekali lagi apakah penampakan itu hanya berupa kain putih atau sebaliknya. Ternyata tiada sehelai kain putih pun di atas pokok yang kulihat itu.

Tatkala ingin pulang ke Masjid, kami dikejutkan oleh beberapa ekor anjing serta salakan mereka yang begitu garau tapi sedikit ganjil, membuat kami mengambil langkah seribu. Anehnya, keempat-empat kami berlari dalam kelajuan yang sama, tiada yang di belakang, tiada juga di hadapan; walau ada yang kakinya belum pulih dari kecederaan lalu dan yang matanya sedikit kabur pada waktu malam. Menakjub bukan? Kuasa Allah. Namun begitu, tiada seekor anjing pun kelihatan apabila kita menoleh ke belakang tatkala sudah penat berlari. Allahu A’lam.
                           
________________

Wah, rasanya sudah cukup panjang tulisanku kali ini.

Dari itu, 
Salam 'alaikum.

p/s: Di musim cuti ini, sementara yang lain keluar bekerja, aku di rumah. Apabila sekolah mula dibuka nanti, aku kembali bekerja.haha.. Semoga dapat kugunakan masa ini dengan perkara yang bermanfaat insyaAllah.