Monday, August 20, 2018

Diam.

Assalamualaikum,

Kala usia menjelang masak,
fikiran menjadi matang.
Urusan yang tidak pernah
dipandang enteng,
kini dipandang tinggi.
Hal yang selama itu
dianggap terbenam,
kini sudah terbit.
Kawan yang ditatang,
kini sudah tertumpah.
Di masa semua ingin bicara,
gabungkanlah pancainderamu itu
untuk mendengar.
Waktu lidah mereka
mundur dan menolak,
biarlah mulut ini
diam dan membisu.
Kala mereka memusing,
dan memalingkan,
dan kau terbiar
bersungkuran,
hadaplah engkau
pada Dia,
melafazkan raungan hati,

..kerana aku yakin,
yang diam itu
emas, dan
sedikit pelakunya.

- Nufail Abd. Rahman,
Singapura; 9:47 pagi.

Friday, August 17, 2018

Satu muhasabah.

Assalamu'alaikum,

Bila sudah masuk ke tahun akhir di Universiti, dan bahkan hanya berbaki 1 sahaja sem lagi, banyak sangat perkara tiba-tiba datang menerpa. Soal pelajaran, soal kerja, kahwin dan berbagai-bagai lagi. Mentelah ramai daripada kalangan kawan-kawan aku memilih untuk berkahwin mutakhir ini, atau paling kurang sudah ada perancangan perkahwinan dalam masa terdekat. Ada pula yang menghembuskan nafas terakhirnya dan bermacam lagi. 

KEPELBAGAIAN
Aku melihat kawan-kawan aku, datang dari pelbagai latar belakang dan dari berbagai-bagai sikap. Aku hargai setiap pertemuan, walaupun tidak lama, kerana aku percaya setiap pertemuan itu ada sebabnya, dan ia bukanlah kebetulan, tapi sebaliknya memang sudah tertulis. Banyak sangat yang aku belajar daripada setiap daripada mereka, walaupun mungkin aku tidak setuju dengan cara pemikiran atau manhaj yang mereka semaikan dalam diri mereka.

Antara nikmat besar yang aku dapat dan rasai adalah perkenalan aku dengan beberapa rakan-rakan Malaysia; yang mana dimulai dari Jordan, sudah mula buat aku termenung dan memikirkan kepelbagaian yang aku lihat.

Aku lihat insan-insan yang datangnya daripada keluarga mewah, tapi langsung tidak kelihatan seperti mereka punyai duit yang banyak. Kenapa aku katakan begini?, kerana yang aku lihat hanyalah sepasang baju yang dipakai mereka berulang kali, serta belanja harian mereka yang biasa-biasa saja, dan bahkan aku rasa aku lebih banyak berbelanja banding mereka. Bukan mereka tidak punyai duit, tapi memang mereka tanamkan kesederhanaan dalam hidup mereka.

Selain itu, antara yang aku paling tersentak, adalah sikap sebahagian pelajar-pelajar daripada jurusan ekonomi dan perbankan Islam. Antaranya ialah Ammar Hanapiah, seorang rakan yang mungkin aku tidak begitu rapat dengannya, tapi sudah cukup membuat aku rasa kagum, dan cukup terkesan dengan dirinya. Dia mengajarkan aku erti mendengar dan membaca melebihi percakapan. Kadang rasa malu untuk mengaku sebagai kawannya, kerana antara dia dengan aku bagai langit dan bumi. Manakan tidak, solatnya sentiasa di Masjid, solat sunnat pun rasanya tidak pernah lepas, pendiam pula tu, sedangkan aku, hmm mulut pun tak pernah nak henti. I'm still working on that, buddy.

Walaupun dia tidak banyak bercakap, dan hanya mendengar bebelan dan luahan-luahan aku tiap kali aku jumpa dengan dia, tapi aku yakin, dalam respon-responnya yang terkadang hanya terbina dalam sepatah dua perkataan, yang dia ini, punyai banyak gagasan, dan hakikatnya sudah cukup membuat aku sedar yang dirinya punyai sifat keterbukaan. Kalau aku hendak nyatakan kebaikan-kebaiknnya lagi, rasanya tidak terkira. Terima kasih kerana beri aku satu pengalaman hidup. Aku do'akan kebahagian untuk kau, sahabat.

Selain itu, antara yang aku paling kagum juga adalah sikap sebahagian pelajar-pelajar yang aku kenal yang bukan mengambil bidang-bidang yang sinonim dengan pelajar-pelajar agama lain seperti Usuluddin atau Syariah, tapi sebaliknya menjurus kepada kedoktoran atau pergigian. Antaranya ialah Azri yang aku kenal Februari lepas. Yang ini pun punyai perwatakan serupa Ammar, cuma si dia ini aku anggap sebagai Doktor Cinta atau Pakar Motivasi sambilan. Banyak juga perkara aku berbual dengannya. Walaupun aku lebih tua daripadanya, tapi dari segi ilmu mungkin dia lebih banyak. Terima kasih, sahabat.

..dan hakikatnya, ramai lagi daripada kalangan kawan-kawan aku yang seperti mereka. Punyai rupa yang menenangkan, dan sikap yang positif, tapi tidak pernah mereka memberitahu satu dunia setiap apa yang mereka laku atau kerjakan. Ada yang tiada Instagram, dan bahkan ada yang tiada Facebook pun, tapi punyai diri yang jauh lebih matang daripada aku.

Allahummahdinii.

PERKAHWINAN
Bila sudah masuk umur 25 tahun ini, mentelah di akhir semester, hendak atau tidak, terfikir juga akan soal perkahwinan. Abang-abang aku semua sudah kahwin, tapi sebenarnya aku tidak terkesan pun. Cumanya bila aku dapat tahu yang Ammar ingin berkahwin, entah macam mana rasa terkejut, dan seakan ada satu tamparan menyuruh aku untuk berkahwin juga.

Namun, seperti yang telah aku nyatakan sebelum ini mungkin, yang aku ini ialah seorang yang late bloomer. Justeru banyak sangat perkara yang aku baru mulai sedar akan peri pentingnya dalam hidup aku terutamanya. Banyak juga perkara yang aku rasa aku mahu cuba dan pergi. 

Bagi yang kerap mengingatkan aku untuk berkahwin, jangan risau, bukan aku tiada calon, cumanya aku tidak mahu fikirkan sangat soal itu selagi mana beberapa misi dan visi aku yang utama tidak tercapai lagi.

PEKERJAAN
Jack of all trades, master of none.
Mungkin itulah pepatah yang sesuai untuk aku. Banyak pekerjaan sebenarnya yang aku fikirkan yang mungkin sesuai dengan diri aku. Namun, setelah memikir panjang, insyaAllah kerja yang aku harapkan adalah sebagai pekerja sosial, dan pensyarah.

Selebihnya, aku serahkan pada Allah. Kita merancang, Dia yang menentukan.

Allahu haafiz.

Monday, October 2, 2017

Suatu yang baik.

Assalamu'alaikum,

Adakala, aku tertanya sendiri, apa sebenarnya takrifan bagi sesuatu yang dinilai baik itu. Sebagai seseorang yang late bloomer, aku mula sedar sekarang yang aku telah jauh berada di belakang dari sudut maklumat-maklumat berguna. Justeru segala yang kurasakan ada faedah, akan kumula catit dalam diari hidupku sebagai suatu yang aku nilai sebagai 'baik'. Kadang perkara yang dinyatakan itu kecil saja, tapi sudah cukup besar bagi aku yang sudah jauh terdampar di belakang. Itulah 'baik' bagi aku, iaitu segala yang berguna dan berfaedah, dan entahlah, walaupun aku sentiasa meletakkan diriku jauh di belakang yang lain, aku rasa kadang aku perlu kongsikan pada yang lain. Kadang bukan kerana aku rasakan mereka tidak tahu, tapi sekadar ingin berkongsi betapa gembiranya aku mendapat tahu 'kebaikan' ini.

Mungkin kita boleh pecahkan kebaikan ini, kepada dua. Satu yang berkaitan dengan agama, dan lagi satu adalah yang menjurus ke arah duniawi.

Bagi aku, terutamanya dalam bab agama; baik perkongsian Masyaikh perihal agama(Aqidah, Fiqh, Quran dll), mahupun perkongsian dari segi bahan-bahan bacaan, kitab, tahqiqot dan seumpamanya, aku rasa ianya amatlah penting, dan hatta jika kita sudah tahu sekalipun, catitlah juga, kerana kita adalah insan; makhluk yang senantiasa lupa dan lemah.

Adapun dari sudut duniawi, aku tiada masalah untuk mereka yang mahu terima mahupun menolak. Kalau yang jelas tidak datangkan manfaat untukku ataupun untuk mereka, aku rasa masing-masing punyai hak untuk menolak, tapi semestinya dengan adab.

Kadang aku rasa, saat paling bahagia bagi seorang penuntut ilmu adalah apabila dia berada dalam majlis-majlis agama, halaqah, dan daurah-daurah. Bila kita biasakan diri kita dengan membaca dan menghadiri kelas-kelas agama selain yang di kelas khusus di Universiti, kita akan secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai maklumat-maklumat yang dinyatakan berulang kali. Contohnya kita ke daurah Nahu Bahasa Arab, apakah 100% maklumat yang disampaikan adalah baru? Semestinya tidak. Dalam daurah pula, kadang ada sesi soal jawab, dan semestinya akan ada soalan-soalan yang kita sudah tahu jawapannya, tapi tidak sekali-kali akan kuberani untuk katakan,"Alah boring lah, semua aku sudah tahu! Lain kali sudah, sekarang mood takde untuk nk pergi daurah2 ni smue."

Namun, jika difikirkan, ada baik sebenarnya kita hadiri daurah2 ini. Ya, mungkin kadang daurah-daurah ini fokusnya kepada yang asas, tapi cuba kita tanya diri kita, sudah cukupkah ilmu-ilmu asas pada kita? Sekarang kita tolak, tapi bila kita betul-betul perlukannya sebagai 'ulang kaji' untuk mungkin menjawab pertanyaan orang, atau untuk mengajar, masa itulah kita terkial-kial. Bahkan sebenarnya dalam daurah-daurah ini, para masyaikh kadang banyak menyarankan kitab itu dan ini sebagai bahan bacaan. Disarankannya ringkasan untuk kitab sekian2, cetakan sekian-sekian kerana bahasanya mungkin lebih mudah, tahqiq nya baik, komentar bawahnya banyak faedah dan sebagainya, tapi bila awal-awal lagi sudah kita tolak, jangankan terkial untuk memahami bila buka satu kitab, tapi untuk mula baca kitab yang mana pun kita akan terpinga.

Bila aku sudah mula bangun dari 'late bloomer' aku ini, aku mula tertarik dengan kitab. Satu mukasurat saja kadang aku boleh ambil masa yang sedikit lama, kerana aku rasa satu mukasurat itu saja sudah punyai banyak maklumat baru dan segar untuk aku. Mungkin ada yang sudah kutahu, tapi yang menariknya adalah apabila aku rasa, sebenarnya itu adalah teguran daripada Allah untukku sebagai suatu 'ulang kaji'.

Antara yang benar-benar menarik perhatianku adalah dari sudut cetakan dan tahqiqot(pengesahan) serta ta'liqot(komentar) kitab tersebut. Pengaruh buku-buku agama di dunia Arab ini sungguh hebat, dan kerana masih banyak lagi manuskrip-manuskrip karya para Aimmah dan Ulama' kita yang belum ditahqiq sempurna, maka sebahagian pencetak mengambil kesempatan dengan menaip semula karya-karya itu berteraskan satu manuskrip saja, lalu dicetaknya dengan dibuat beberapa takhrij dan hukum hadith (ringkasnya: penisbahan/asal-usul hadith dan status hadith itu)yang sangat ringkas, lalu diterbitkannya. Justeru kadang banyak perenggan yang hilang, dan bahkan jika kita baca, ada kala ayatnya langsung tidak dapat difahami; tergantung dan seumpama.

[Perlu difahami akan keberadaan lebih daripada satu manuskrip ini. Zaman dahulu, tiada istilahnya fotokopi atau scan. Justeru kadang anak-anak murid mereka menulis semula apa yang ditulis gurunya itu. Ini bukanlah perkara yang mudah kerana ada kalanya gurunya itu menulis hingga berjilid-jilid, dan ada kala pula tulisan guru-guru mereka terkena kebakaran, tertumpah air dan sebagai, dan perlu dinyatakan juga tulisan-tulisan para Aimmah dan Ulama ini adanya bukan mudah untuk dibaca. Ibarat tulisan 'doktor' kata kita. Kadang anak muridnya terpaksa membuat ijtihad sendiri atas perkataan yang susah dibaca atau hilang daripada manuskrip asal. Penulisan semula oleh anak muridnya ini pula kemudian akan disalin semula pula oleh orang-orang terkemudian atas sebab-sebab yang pelbagai juga. Justeru jangan sekali-kali kita meremehkan usaha para Ulama' kita dalam mentahqiq kitab-kitab para Aimmah dan Ulama ini. Semoga Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan.]

Justeru, kadang aku suka duduk di perpustakaan, dan buat perbandingan antara cetakan itu dan ini, kadang sampai empat atau enam cetakan, dan bahkan lebih lagi. Memang mangambil masa terkadnag untuk benar-benar dapat nilai, tapi itulah yang membuat aku lagi tertarik, dan apabila aku sudah dapat menilai akhirnya cetakan mana yang terbaik, suka aku untuk berkongsi dengan fulan itu dan fulan ini. Semestinya bukanlah aku kongsikannya kepada semua orang, tapi hatta dengan yang aku pilih itu, pun tidak dihargai, bahkan kadang semuanya menunjukkan reaksi yang seakan-akan 'malas nak layan' atau 'lantaklah kau'. Sedangkan aku memilih orang, dan bukan semua orang hakikatnya.

Kadang aku tertanya, apa tidak baguskah perkongsian-perkongsian berupa kitab ini? Kadang bila dalam kelas sekalipun, bila ada Masyaikh atau para pelajar yang berkongsi sseuatu yang aku sudah tahu, tidaklah aku terus menolak mereka dengan kata-kata yang kurang adab atau dengan muka yang seakan endah tak endah. Sebaik mungkin akan kucuba raikan perkongsian mereka dengan bertanyakan soalan-soalan dan seumpamanya.

..tapi mungkin, setiap orang berbeza, dan mungkin ada sebab mereka berbuat begitu; sakit, late bloomer, ada banyak urusan lain yang lebih penting dan utama, dan berbagai-bagai lagi.

Justeru, aku rasa, ada baiknya aku berdiam saja. Andai mereka hendak tahu, mereka akan tanya. Walaupun kadang bunyinya seakan mereka hanya mencari kita saat mereka perlukan kita, tapi tak mengapalah, biarlah Allah yang uruskan itu. Kadang rasa tawar hati sangat, dan seakan ingin membalas balik perangai 'lantak kaulah' mereka itu kepada diri mereka sendiri, tapi entahlah, mungkin masih ada sisa-sisa belas kasih dalam diriku kepada mereka.

Mungkin mereka rasa sudah sempurna, atau mungkin meraka memang saja tidak minat. Ialah, siapalah kita, gopoh sangat, apa saja ilmu yang kita ada.

Allahu a'lam.
Al-Madinah An-Nabawiyyah.


Wednesday, September 7, 2016

Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum,

Sebenarnya aku pun tidak tahu bagaimana harus aku mula dengan tulisanku ini. Terlalu banyak perkara yang sedang berlegar di mindaku kini. Jerawat yang sudah lama tidak muncul pun, tahu-tahu keluar hingga lebih kurang empat biji atau lebih.

Bila kita sebut istilah hijrah ini, padaku ia membawa satu konotasi yang begitu berat. Bukan sekadar niat mahu berubah sedikit, diikuti dengan beberapa hari atau beberapa bulan perubahan, terus boleh dikatakan berhijrah. Tanggungjawab di sebalik kata itu begitu besar. Kekuatan dan kesabaran dalam diri juga harus tinggi. Mentelah kita hidup di akhir zaman ini, begitu banyak sekali dugaan, cabaran dan ujian datang menerpa, hingga kadang kita seolah-olah menyambut dengan tangan  terbuka sosok nafsu yang hadir menjelma itu.

Pada hemat aku, penghijrahan seseorang itu, apatah lagi kita ini bukanlah seperti para Nabi mahupun para Sahabat, memerlukan sokongan yang padu daripada keluarga dan juga teman-teman. Pun begitu, walau kita tahu yang keluarga kita sentiasa ada di sisi, tapi oleh kerana sifat malu atau mungkin keadaan yang tidak mengizinkan bagi sesetengah orang, maka temanlah yang seharusnya mengambil inisiatif untuk membantu kawannya itu.

Dalam sebuah hadith yang masyhur, Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:-

لا يؤمن أحدكم حتَّى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Yang bermaksud: Tidaklah beriman salah seorang daripada kamu
hingga beliau menyukai bagi saudaranya, apa yang beliau sendiri sukai.
–Muttafaq ‘alaih; Al-Bukhari: 13 dan Muslim: 45, dan lafaz oleh Al-Bukhari.

Ya, memang bukan mudah. Mereka yang ingin berhijrah ini memang sudah ada niat untuk berubah, tapi percayalah, semakin ikhlas dia ingin berubah, akan semakin banyak lagi halangan serta ujian dan cabaran menghadang. Sebagai sahabat, kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi berbagai-bagai alasan, reaksi, akibat dan yang seumpama. Yang penting, jangan pernah kita menyerah dengan kawan kita itu. Ya, mungkin sejarah mampu berulang, tapi seperti yang kukatakan tadi, inilah di antara ujian yang perlu kita sebagai sahabatnya tempuh. Kita boleh kecewa, kita boleh rasa sedih berbaur marah, namun kita juga perlu ingat yang mereka itu juga manusia, yang sentiasa berdepan dengan godaan syaitan dan hawa nafsu.

Malah, jangan kita terkejut jika kawan kita itu, dari zahirnya kelihatan seperti seorang yang tenang, seorang yang alim, banyak membaca kitab dan mendengar ceramah, tapi tetap terjebak dengan perkara-perkara yang tidak mampu kita gambarkan dirinya terlibat di dalamnya. Namun percayalah, seburuknya-buruk dirinya, dia masih lagi saudara kita seislam. Cuba kita fikir, apakah kerana kesilapannya hari ini, kita biarkannya, dan lupa akan kebaikannya di hari-hari yang lalu?

Bak kata orang, sedangkan Tuhan boleh memaafkan kita, mengapa tidak kita boleh maafkan yang lain? Dengan niat yang baik sahaja, sudah cukup bagi kita untuk mendapatkan pahala daripadaNya. Bahkan jika kita punyai niat yang jahat tapi kita tidak melakukannya demi Allah, itu pun Allah akan memberikan kita satu pahala.

Renungkan sebuah hadith Qudsi berikut:-

يقول اللَّه إذا أراد عبدي أن يعمل سيّئة فَلا تكتبوها عليه حتّى يعملها، فإن عملها فاكْتبوها بمثلها وإن تركها من أجلي فَاكتبوها له حسنة وإذا أراد أن يعمل حسنة فلم يعملها فَاكتبوها له حسنة، فَإن عملها فَاكتبوها له بعشرِ أمثالها إلى سبعمائة
Yang bermaksud: Berkata Allah(kepada Malaikat): Jika hambaKu ingin melakukan kejahatan, maka janganlah kamu  menulis baginya (apa-apa sekalipun) sampai beliau (benar-benar) mengerjakannya, adapun jika beliau benar-benar melakukannya, maka tulislah baginya apa yang sejajar dengannya (perbuatannya). Adapun jika beliau meninggalkan kejahatan tersebut karena Aku, maka tulislah baginya satu kebaikan, dan jika beliau ingin melakukan kebaikan namun tidak mengerjakannya, maka tulislah baginya satu kebaikan(iaitu pahala), adapun jika beliau mengerjakannya(kebaikan tersebut), maka tulislah baginya sepuluh kali kebaikannya itu hingga tujuh ratus (kebaikan).
 -HR Al-Bukhari: 7501

Apakah kita terlalu baik hingga merasakan yang diri kawan kita itu tidak mampu untuk berubah sepenuh atau selama-lamanya? Nabi kita pernah berpesan:-

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر‏"‏ فقال رجل‏:‏ إن الرجل يحب أن يكون ثوبه حسنًا، ونعله حسنة،
فقال‏:‏ ‏"‏إن الله جميل يحب الجمال، الكبر بَطَر الحق، وغمط الناس
Yang bermaksud: Tidaklah masuk syurga mereka yang mempunyai walau seberat zarrah dalam hatinya sifat sombong. Maka bertanya seseorang, “(Bagaimana halnya dengan) seseorang yang suka memakai baju yang baik dan sandal yang bagus?” maka beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia menyukai kecantikan. (Adapun) sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain. 
–HR Muslim: 91

Sebagai rumusan, ingatlah, jika kita benar ikhlas ingin membantu, maka yang sepatutnya tidak akan wujud istilah give up atau menyerah.  Semampu boleh, janganlah kita menunjukkan sikap putus asa kita pada dirinya. Paling tidak, do’akanlah si dia.

Aku akhiri tulisanku ini dengan sabda Baginda:-

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ
Yang bermaksud: Barangsiapa di antara kalian melihat satu kemungkaran, maka ubahkanlah ia dengan tangannya, adapun jika beliau tidak mampu, maka (ubahkanlah ia) dengan lidahnya, (dan) adapun jika beliau tidak juga mampu, maka (ubahkanlah ia) dengan hatinya(iaitu dengan berdo’a), dan (sesungguhnya) itu adalah selemah-lemah Iman. 
–HR Muslim: 49


Allaahu a’lam.

Friday, November 6, 2015

The Trust.

Assalaamu’alaikum,

Sometimes, simple things can get harder, depending on how you manage those issues. As for myself, having been looked down almost on every part of myself; be it on the looks, the way I walk, the way I talk, the way I think and what not, I am beginning to learn to accept things the way it should be, meaning I have long chucked away any thoughts of trying to stress myself down with all those remarks, comments and everything, but instead I would simply do as what was told by our 2nd caliph that is ‘Umar bin Al-Khottob: “Introspect your ownself before getting reckoned with(ie. later in the hereafter).”

Indeed, I would lie if I say nothing of those remarks ever made me feel down; not even a bit. However, it does hurt me and at times yes I just have to rattle at them within my own comfort, meaning talking about them behaving so immature and uncivilized, and everything, but only exclusive to my ears. Well it’s just normal, but of course you just have ask for His forgiveness after that; that’s basic.

However, despite having the above mentioned, at the very end, you just have to ask yourself, what made them say that to you? In what way were you less capable than them? Are you being too confident or are you actually lying to yourself by saying everything they said are baseless and not pure when in fact, there are actually some truth in it? But In spite of that, after having ‘questioned’ by your ownself all those things, then ask again, but reverse the topic. Ask, are they really saying the truth? Are you really that low when in fact only you and Him actually know how hard you have been trying to change? Well people may not see it as they are too busy looking at the outside of people, at the nature of things, at this and that, without actually going beyond any of that. Well that’s life, isn’t it?

Having said that, I believe everything actually goes down to TRUST. If you really trust HIM, you wouldn’t go miles trying to prove everything He said have reasons and wisdoms. You wouldn’t try hard to convince yourself that everything He has made for you are actually for your own good. Why? It is because you simply have total trust on Him. You already know that He is the best planner, He always have reasons in everything He made and by a matter of fact, you know that He is not bad, so why in the first place would you question His authority?

So the same thing applies to human beings, specifically your own families, or your own circle of friends, or best or close friends. Yes your trust may not be like that of trusting your own God. That is an of course, but still you should at least manage your ‘trust’ the way It should be. If they said no to something, then trust their word at least 60-80%. Well you don’t have to say it out loud. Simply Yes I trust in you. Though it may not always be right, trust me, if you keep showing your trust, keep showing your good attitude and behavior towards him, keep all the positive things for him, he will, no matter how bad he is, no matter how many times he had broken your trust, realise who is actually behind him, supporting him always and all. He will eventually say sorry to you or at least turn over a new leaf without anyone having to slap or kick him on the face. Slowly but surely insyaAllah,

..but instead, if you keep showing your negative thoughts on him, how would you think he would react? Yes he will eventually realise that you are not actually having the slightest trust in him, and to cover it, he would make lie upon lie, simply to make you trust him, and of course, this is the worst part of all, because you are actually living at your own world without you realizing that you are actually at fault, and not him as a whole.

Yes, you may be the best of friends, but that doesn't mean you should ask and interrogate each other on every thing you guys did, or check one another's phone 24/7. Doesn't mean you should force him into accepting what you've been advising him on the spot too. Is that what you really see in a sincere friendship that is built upon trust and His Mercy? No. That simply means your friendship is built upon doubts and negative thoughts of one another. To put it simple, would you like to have your parents or even your siblings check on you 24/7, though they do actually have the rights to do so?

It does not mean that we do not appreciate your concern but there is a difference between that of being concern and overprotective. Concern is when you simply ask one another of his well being, how his life, what can you do for him and things like that, but being overprotective is when you go beyond simply asking; and that is as if you are interrogating, and even after that, you would go check his messages and what not. Your best friend is not your wife, neither is he your slave where you could do whatever you wish to, and even if he is your partner or slave, that partner or slave of yours still have his rights of privacy. Well we all have our bad and naughty corners in ourselves where at times we just couldn't control it, where sometimes we kind of have to just play along with it, and as his best friend, what you could do is to constantly remind him to remember Him and His prophet, his parents and all; remind him that that naughty part of his is not a excuse for him to disobey God's laws and things like that. That is your job, but to get angry and raise your voice over him, that doesn't help, but instead it would make matters worse as it indirectly would make him feel even lower at his current point. As much as you want him to remember God at all times, do remember that you yourself should start beforehand by believing that He is the Best Planner.

You get my point. Life is just too short to be thinking so deep on everything that happens to you. Simply get back on track, ask for His forgiveness, look back to strengthen your spirit, and move on.

Allah musta’aan.

Tuesday, June 23, 2015

Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Bismillah arRohman arRohim.

Assalaamu'alaikum..

Rasanya sudah agak berhabuk wahana tulisan ini, dan mungkin sudah lebih kurang setahun aku tidak menyumbang apa-apa pada blog ini.

Ada kebenaran pada pepatah yang sering kita dengar,“Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.”



Aku berada di Jordan selama satu sem; lebih kurang 5 bulan. Pada masa itu aku sudahpun memasuki kuliah, dan pada masa yang sama juga aku memilih untuk memperbaikkan lagi bahasa Arabku dengan memasuki Markaz Lughah di Universiti yang sama juga. [Lihat: Permata; yang tidak ternilai]

[Secebis hikmah di bumi berkah; Jordan.]

Ada yang pelik dan terkesima apabila kukatakan yang aku cuma belajar di Jordan selama hampir setengah tahun sahaja. Mereka hairan dengan bilangan pelajar yang aku sempat berkenalan dengan, mentelah aku orang Singapura. Walaupun hakikatnya tidaklah begitu ramai namun aku tetap bersyukur. Mungkin itulah hadiah Tuhan kepadaku. Banyak hikmah dan pelajaran, serta pengalaman dapat kuraih di sana.

Pada hari pertama saja aku sudah dilayan begitu baik oleh senior-senior daripada Malaysia, dan hari berganti hari layanan mereka makin membuatku rasa hormat serta segan dengan mereka, dan semestinya aku amat terharu. Dari sini mampu kubuat kesimpulan yang menjadi seorang yang lebih senior, lebih berpendidikan dan lebih berilmu tidak seharusnya bersikap umpama dialah yang paling berilmu sesama kita, ataupun mula menyindir mereka-mereka yang baru berada di suatu tempat yang mereka sudah lama berada dalamnya. Bahkan ada yang apabila aku berbincang dengan mereka perihal agama, layanan mereka begitu sopan dan saling menghormati. Tidak ada sebarang sifat-sifat yang seolah-olah ingin mengatakan, “Hey, aku sudah tahulah” atau “Alah kau baru, ape tau, lek lu.”



Ya mungkin ada kadang-kadang, namun tidak selalu dan hanya segelintir mungkin yang menunjukkan sikap-sikap sedemikian.

Ketahuilah, dengan tatasusila serta tutur percakapan yang berhemah saja, sebenarnya sudah mampu membuat kami merasa rendah diri. Tidak perlu sebarang sindiran, atau kutukan dan seumpamanya hanya semata ingin menunjukkan yang kau lebih senior. Lebih kelakar mungkin apabila ada yang mentertawakan telatah si pelajar baru, dan dalam masa yang sama, lupa yang dahulunya, dia juga berperangai serupa.

[“..dan Madinah itu lebih baik bagi mereka seandainya mereka mengtahuinya”]

Aku kemudiannya beralih ke kota yang lebih melimpah berkahnya iaitu kota Madinah Nabawiyyah. Allah U pernah berfirman:-

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا
Yang bermaksud:-
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku dalam kemasukan yang benar, serta keluarkanlah aku dengan cara keluar yang benar, dan berilah aku daripada sisiMu kekuasaan yang menolongku(iaitu hujjah yang jelas dan keterangan yang pasti)."
QS 17(Al-Isro’): 80

Dalam memberi tafsiran pada ayat ini, Ibn Kathir rahimahuLLah; seorang ulama' tafsir, ada membawa beberapa pendapat, antaranya adalah seperti berikut:-

وقال قتادة وقل رب أدخلني مدخل صدق يعني المدينة وأخرجني مخرج صدق يعني مكة .
وكذا قال عبد الرحمن بن زيد بن أسلم. وهذا القول هو أشهر الأقوال

Yang bermaksud:-
Dan telah berkata Qotaadah: 'Masukkanlah aku dalam kemasukan yang benar' bermakna Al-Madinah (dan) 'serta keluarkanlah aku dengan cara keluar yang benar' pula merujuk pada Makkah, dan begitulah juga sepertimana dikatakan ‘AbdurRohman bin Zaid bin Aslam, dan pendapat ini adalah pendapat yang paling masyhur.
Tafsir AlQur-aan Al’Adziim oleh Ibn Kathir

Juga sepertimana tertera di atas, itu sebenarnya adalah daripada sabda Nabi r sendiri yang berbunyi:-

" ..والمدينة خير لهم لو كانوا يعلمون."
 Yang bermaksud:-
“..dan (sesungguhnya) Madinah itu adalah lebih baik bagi mereka seandainya mereka tahu.”
Muttafaqun ‘alaih; AlBukhari: 1875 dan Muslim: 1388.

Belajar di universiti yang mana hampir segala perbelanjaan berkaitan ditanggung pihak kerajaan, acapkali membuat kita lupa nasib mereka-mereka di luar sana; yang belajar di tempat lain, yang terpaksa menanggung kos penerbangan, tempat tinggal, bil api dan air, itu dan ini. Pokoknya, memang tiada kesudahan boleh dikatakan.

Kadang sedih apabila melihat rakan sebaya atau senior berbelanja sakan kemudian mengadu wang yang diberi pihak kerajaan kepada kami sebenarnya tidak cukup, sedangkan pada aku ianya sudah lebih daripada cukup. Bayangkan setiap bulan kami diberi sebanyak 840 riyal untuk dibelanja. Kemudian pada setiap tahun pula, setiap pelajar akan diberikan sebanyak 1000 riyal pula untuk perbelajaan kitab. Jika kami mendapat gred Mumtaz(seperti Excellent/Distinction) untuk dua semester berturut-turut pula, kami akan diberi wang sagu hati sebanyak 1000 riyal sekali lagi sebagai hadiah. Apa lagi yang tidak cukup? Bahkan aku dapat tahu ada sebahagian pelajar yang sebaik saja menerima 840 itu, dia akan ketepikan sebanyak 500 riyal; untuk kegunaan peribadi seperti kos pengangkutan, atau untuk membeli kitab, atau untuk menolong dan meringankan lagi beban keluarga, atau ketiga-tiga sekali. Bayangkan 840 tolak 500, hanya tinggal 340 sahaja! Sungguh pelajar-pelajar ini banyak membuatku menambahkan rasa syukurku padaNya dan semestinya, aku tabik pada mereka.

Teringat aku pada sebuah ayat, firman Allah U:-

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Yang bermaksud:-
Justeru, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) apa yang telah Allah rezekikan kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya sahaja.
QS 16(An-Nahl): 114

Begitu juga sabda Nabi r:-

عن أبي هريرة، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا يشكر الله من لا يشكر الناس
 Yang bermaksud:-
Daripada Abi Hurairah, daripada Nabi r beliau berkata: Tidaklah seseorang itu (dianggap) bersyukur kepada Allah jika dia tidak bersyukur pada manusia.
HR Abu Daud: 4811. 
(Dinilai Sohih oleh Al-Albaani dan telah ditahqiq oleh Syeikh ‘Isom Musa Hadi.)

[Ma’had Lughah dan Thanawi]

Berbeza dengan Jordan, di Universiti Islam Madinah sini, para pelajar akan diberi dua kemungkinan; iaitu untuk masuk terus ke kuliah serta-merta atau harus terlebih dahulu memasuki Ma’had Lughah(tempat belajar bagi memperkasakan lagi penggunaan Bahasa Arab, umpama kursus kilat atau crash course) atau Thanawi(tempat belajar seperti sekolah Menengah di negara kita atau Pra-Universiti).



Aku sengaja memilih untuk memasuki Ma’had Lughah di sini kerana aku masih belum bersedia untuk menghadapi gelombang tekanan kuliah yang sebenar, dan aku rasa aku perlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri, walaupun aku sudahpun menuntut di Universiti Yarmouk serta Markaz Lughah di Jordan terlebih dahulu.



Pada hematku, kededuanya(Ma’had Lughah dan Thanawi) adalah tempat belajar yang hebat serta baik penyusunan sukatan pelajarannya. Walaupun aku tidak pernah memasuki thanawi di sini, aku yakin pihak sekolah telah buat yang terbaik bagi menjadikan keluaran Thanawi ini pelajar-pelajar yang hebat. Justeru tidak pernah terlintas di benak fikiranku tempat belajar mana yang lebih bagus atau mana yang lebih hebat dan seumpama. Ini kerana pertama-tama sekali, latar tempat belajar itu sendiri berbeza; yang mana satu adalah seperti sekolah Menengah atau Pra-U, dan yang lagi satu adalah khusus bagi memperkasakan B. Arab kita. Ia adalah seperti kita membezakan antara British Council dan Sekolah Menengah St. Andrew’s bagi Singapura atau Sekolah Menengah Ibn Khaldun bagi Malaysia.

Aku sendiri yang belajar di Jordan; yang mana penggunaan serta pemilihan kata B.Arabnya lebih tinggi berbanding sini, tidak berani untuk membezakan yang mana satu antara Markaz Lughah di Jordan dan Ma’had Lughah di Madinah lebih baik daripada yang lain. Apa yang boleh kukatakan adalah sistem atau sukatan pembelajaran di Universiti Islam Madinah mungkin lebih tersusun berbanding di Universiti Yarmouk(Jordan), tapi dari segi keberkesanan dan seumpama, tidak berani kuberkata apa-apa.

Inikan ada yang membeza-bezakan, merendah-rendahkan dan sebagainya. Ketahuilah engkau pada hakikatnya bukanlah merendahkan kami pelajar Ma'had, tapi merendahkan pihak Ma’had itu sendiri, serta para masyaikh (guru-guru) dalamnya! Alangkah sombong, dangkal, cetek serta picik sekali pemikiran engkau! HadaakumuLLah!

Allah berfirman dalam kitabNya:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ
Yang bermaksud:-
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah ada puak (daripada kam lelaki) yang mencemuh (dan merendah-rendahkan) puak lelaki yang lain, kerana mungkin saja puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan begitu juga puak drpd kaum perempuan bagi puak drpd kaum perempuan yang lain(agar tidak mencemuh dan merendah-rendahkan antara satu sama lain), kerana mungkin saja puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka..
QS 49(Al-Hujurot): 11

Nabi juga pernah berpesan dalan hadithnya:-

لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذرة من كبر
Yang bermaksud:-
Tidaklah masuk seseorang itu ke dalam syurga bagi siapa yang mempunyai di hatinya walau seberat zarah daripada (sifat) bangga diri..

Dalam hadith yang sama, Nabi sambung:-
..الكبر بطر الحق وغمط الناس
Yang bermaksud:-
..sombong itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.
HR Muslim: 91

Hakikatnya, setiap tempat itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Manapun kita dicampakkan, adalah menjadi tugas kita untuk memanfaatkannya sebaik mungkin. Jika ditanya pelajar Thanawi kepada pelajar Ma’had sebuah soalan, tidak semesti si pelajar Ma'had itu dapat menjawabnya, dan begitu juga sebaliknya. Mentelah jawapan terbaik jika tidak pasti akan jawapannya adalah Allah a'lam(Allah saja mengetahuinya) Mudah bukan? Allah musta'aan.

SubhaanaLLah, rasanya sudah agak panjang tulisanku kali ini.
Semoga bermanfaat.

Assalaamua'laikum.

Saturday, June 21, 2014

The Plan.

Indeed we plan, but He decides, and that of course is the ultimate plan He has in store for us.

Everything exactly went as planned. SubhaanaLLah. I was talking to a friend of mine, Zulzawaid, that I want someone to just throw me off to an Arab country, and let me be a stranger there. Let me force myself to speak in Arabic in any circumstances. Let me improve my Arabic for like a year or a semester, then insyaAllah may Medina call on me, as and when they want. Well at least I won’t stutter when someone speaks with me in Arabic then.

I got accepted into some universities, of which, such as UIA(International Islamic University of Malaysia) and UKM(National University of Malaysia), I did get my first choice for the Bachelor's programme, but I chose YU(Yarmouk University, Jordan) – a university in an Arab country that has never been on my list, not until I got into Pre-Universty 2.

7 September 2013 – The day I started embarking on a new journey to an Arab country; Jordan specifically, to pursue my studies. Alhamdulillah, those O and A level results of mine did ease my journey; though it was not a good one to start with, but Alhamdulillah for everything.

Well I guess I won’t talk much about the time in Jordan, since it has already been shared in my previous post. On my way to Medina, I had already planned to enter the Ma’had, or what they called as the Diploma level or the Arabic Language Crash Course, but I wished to enter the final level, that is the fourth level(there are just four level by the way, each level for a semester).

My brother said that if I want to enter the Ma’had, do not ever mention the choice of programme that you want to take in the degree(if asked), and so I did what was told. After answering some questions, he did indeed ask me, for three times even,"What course/specialization you would like to take in the Bachelor’s level?" and I did say that I am still unsure as I’m just a new student here, still deciding and all, but surprisingly, every time I answered, he would say afterwards the course that I’ve been keeping from him. Somehow he just seemed to know what I really want, that is Da’wah and Usuluddin(Preaching and Islamic Theology).

After deliberately failing for the first interview, I was asked to go for the second interview to determine my mustawa or level in the Ma’had. The questions were quite easy, basically touching on Arabic grammar though, but I did manage to answer each and every question he asked of me. He was even like impressed by my answers. Then he asked me what level would I want and I said,"Four."
He then looked at me and said,"Three.. can?"
I was like, “erm, four? Haha”
After a little commotion, I finally stepped out of the room with disappointment. My brother then tried to persuade the persons in-charge, or see what he could do to raise my level. So finally the Syeikh said that if I really want to go to the fourth level, then simply be a mustami’ for a week, means, just sit in any of the third-level classrooms, and judge for yourself if the class is really boring or too low for you and all. After a week then see him back.


Now this is where the change of hearts began.

On our back home, I said to my brother that I was not satisfied with the decision that they put me in the third level. Well it’s not like I could not answer the questions or stuttered much. After listening to all my words and feelings, he finally said something which took me aback for a while. He simply read to me this verse from Chapter 2 in the Quran:-
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
..but perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
(QS 2: 216)
So I returned home and sit for a while, thinking deeply on the verse that has just being mentioned by my brother. Then on that very night, I did my Istikhoro Prayers. Alhamdulillah, and to my surprise, right after I did my prayers, suddenly I decided to just accept the fact that I’ve been put in the third level, instead of four. Just a moment before I had set on my mind that by hook or by crook I must enter the fourth level, instead of three, but just right after I did my Istikhoro prayers, I said to myself, maybe this was what Allah had planned upon me. It was simply a miracle i could say, the sudden feeling of 'acceptance' and all, it was just indescribable.

The next day I got my class room number, and while we were searching for the class, I said to my brother, “Jaf, just one thing, do pray that there will be no guy that I know of, well at least not from Singapore.”

Shortly after, we found the class and upon entering, suddenly a voice came out from behind, “Assalaamu’alaikum !” – It was Naufal.

We got along very well Alhamdulillah. He was so smart. To an extent that I guess he’s the smartest in the class. Well I had to just take my hats off him. Some of us including myself even, did struggle and had to read the topics in the textbooks umpteen times to fully grasp the meaning of the topic, but as for him, one time is more than enough, and yup, he is a fast learner; a truly gifted student, and at the end of the day, indeed he proved me right by scoring a ‘Mumtaz’ for his GPA (Mumtaz is 4.5 and above by the way), while me, a mere 4.3 for the GPA. Alhamdulillah anyway.

Next semester insyaAllah, the final level for the Ma’had. I had to really focus on my studies to be able to get past the Ma’had, and then proceed to Kulliyyah(The bachelor’s level) insyaAllah.

I still remembered the time when I was in the third-level and had to take the mid-sem exam for ‘History’ subject. I was totally confident that the test was on the next day and not on that very day, and so I laid out my plan, today, this page up till this page, and tomorrow that page until that page and so on. When the times up, I would have finish revising the topics. So that was the planned plan, that failed though :(


I was totally shocked when I came to know about the supposed date for the test. Unfortunately, QoddaroLLah wamaa syaa-a fa’al. He knows best. However much, I am still grateful for the results, as I did get at least a 'just pass' for the subject. Alhamdulillah for everything.

Time flies really fast, and Alhamdulillah i did get a lot of benefits from both the seniors as well as those from my own batch. Naufal, Yamin, Mateen, Syafiq, Nabil, Solihin and Iqbal. They are all seriously good, smart, matured and have their own mind, their own set of goals and things alike. Some of them have even memorised fully the Noble Quran and are now focusing on memorising Hadiths or things alike. Well i guess i have to really learn a lot from them, seriously.

Do pray for me,
Assalaamu'alaikum.

p/s: Pardon my usage of the English Language, it has really been such a long time since I last used them.